Sebuah podcast eksklusif yang akan mengupas kes-kes jenayah berprofil tinggi & dahsyat yang berlaku di Malaysia. Angkara bersama Amat dan tetamu jemputan akan merungkai dengan lebih mendalam kisah di sebalik sebuah jenayah.
Seorang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Anthony Kevin Morais dilaporkan hilang pada 2015. Beliau dipercayai diculik dan dibunuh.
23 Nov 2022
Adik Nurin Jazlin | Angkara
Kes penculikan kanak-kanak di negara kita adalah sesuatu yang membimbangkan. Baru-baru ini juga kita masih menerima berita kanak-kanak hilang dan berkait rapat dengan ‘van putih’. Amat bersama tetamu, Puan Nor Zabetha akan membincangkan satu kes berkaitan penculikan dan pembunuhan yang pernah mendapat perhatian di Malaysia iaitu kes adik Nurin Jazlin.
28 Sept 2022
Angkara Cemburu | Angkara
Kerana cemburu di beri perhatian lebih, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun bernama Muhammad Aimin di belasah oleh dua remaja di sebuah pusat tahfiz sehingga meninggal dunia. Adik Muhammad Aimin dijumpai lemah oleh isteri pemilik tahfiz tersebut.
14 Sept 2022
Tragedi Kuil Sri Maha Mariamman | Angkara
Kematian seorang anggota keselamatan dalam rusuhan di sebuah kuil menjadi buah mulut apabila kematiannya tidak diketahui akibatnya. Muhammad Adib akhirnya menghembuskan nafas terakhir semasa kesnya masih berlangsung akibat cedera parah.
31 Aug 2022
Pembunuhan Kejam Canny Ong | Angkara
Canny Ong telah dirogol di dalam keretanya di bawah jejantas yang masih dalam pembinaan berhampiran Taman Datuk Harun di Jalan Kelang Lama, dibunuh dengan dua tikaman pisau serta telah dihenyak ke dalam lubang sempit di tepi lebuh raya, ditindih dengan dua tayar besar berisi simen dan dibakar.
10 May 2022
Korban Nafsu | Angkara
Nur Suzaily Mokhtar dirogol, diliwat, dan dijerut sehingga mati oleh seorang pemandu bas.
Tidak berperikemanusiaan dan kejam, itulah selayaknya digelar kepada Hanafi Mat Hasan.
26 Apr 2022
Mati di Tangan Ibu Kandung | Angkara
Hasil proses bedah siasat Amir mengambil masa selama 10 jam dan hasilnya menemukan luka baru sepanjang 3 sentimeter di bahagian kepala termasuk kesan luka baru dan lama di beberapa anggota badan mangsa.
12 Apr 2022
Tilikan Seterika | Angkara
Tilikan Seterika | Angkara
Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan oleh sekumpulan pelajar sealiran atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba. Zulfarhan cedera parah akibat perbuatan tersebut dan meninggal dunia pada 1 Jun 2017.
Host of Angkara?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.