BULETIN VIRAL 05: SEBAK! ANAK KRU KAPAL SELAM HILANG KUNCI AYAH DALAM BILIK, BERKERAS TAK NAK AYAH PERGI BERTUGAS
Tular video seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada salah seorang kru kapal selam terbabit yang berkeras menghalang ayahnya pergi bertugas.Kru tersebut yang dikenali sebagai Letnan Satu (Lettu) Imam Adi telah dikunci oleh anaknya, Azka dalam bilik sebab tak nak ayahnya pergi.
24 Apr 2021
03. PODCAST MOTIVASI RAMADAN: KISAH PELAKON AZUAN MAZLAN DAPAT HIDAYAH, JIWA KOSONG & TAK TENANG, SEKELIP MATA REZEKI DATANG MENCURAH
Podcast Motivasi Ramadan episod ke-3 memberi peluang untuk Budiey menemubual bekas pelakon dan peserta Lelaki Maskulin yang kini aktif keluar di jalan Allah sebagai Jemaah Tabligh. Podcast kali ini merungkai bagaimana Azuan Mazlan mendapat hidayah dan seterusnya berubah dari seorang selebriti yang hidup sosial dan kini lebih terarah kepada kehidupan yang berlandaskan kehidupan agama. Paling tersentuh bila Azuan Mazlan menyatakan hidayah itu perlu diusahakan dan hidayah itu sangat mahal disisi Allah SWT. Selain itu, Azuan kini aktif dengan misi bantuan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Semoga perkongsian beliau selama satu jam ini dapat sedikit sebanyak memberikan kita semua ilmu yang bermanfaat.
18 Apr 2021
02. PODCAST MOTIVASI RAMADAN: FADHILAT AMALAN DI BULAN PUASA BERSAMA TETAMU JEMPUTAN NAZRI
PODCAST MOTIVASI RAMADAN: FADHILAT AMALAN DI BULAN PUASA BERSAMA TETAMU JEMPUTAN NAZRI
14 Apr 2021
01. PODCAST MOTIVASI RAMADAN: RAGAM DI HARI PERTAMA PUASA BERSAMA TETAMU JEMPUTAN FAHIMIE AMIE
PODCAST MOTIVASI RAMADAN: RAGAM DI HARI PERTAMA PUASA BERSAMA TETAMU JEMPUTAN FAHIMIE AMIE
19 Mar 2021
BULETIN VIRAL 04: BERITA PERNIKAHAN ENGKU EMRAN & NOOR NABILA
Ralat: Hari ini, 19 Mac 2012, dengan sekali lafaz, kakak kepada selebriti popular, Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, jam 10.02 pagi tadi. Sebelum ini desas desus mengatakan Noor Nabila dan Engku Emran bercinta akhirnya terjawab dengan majlis pernikahan mereka yang berlangsung hari ini. Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa dan bekas isteri Sharnaaz Ahmad kelihatan sangat jelita dalam persalinan busana akad nikahnya. Untuk info, desas desus mengenai percintaan Noor Nabila dan Engku Emran ini mula dicetuskan apabila satu muat naik foto mereka bersama di dalam sebuah kereta ini. Foto dengan kapsyen berbunyi “Choppy until you came along” ini menjadi bualan hangat warganet. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga masjid yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.
11 Mar 2021
BULETIN VIRAL 03: HUBUNGAN KERUH, HANNAH DELISHA BERKAHWIN SENYAP, CINTA TIDAK DIRESTUI, MENTUA NASIHAT BERSABAR
Baru-baru ini, puisi yang dinaikkan oleh ibu kepada Hannah Delisha dengan tanda pagar #ibutidakrestu menjadi tanda tanya sehingga menimbulkan macam-macam spekulasi mengenai perkahwinan Hannah dan Imam Shah. Timbul dakwaan di kalangan netizen di sosial media mengatakan perkahwinan hannah delisha dan suaminya itu tidak direstui ibu Hannah Delisha. Terbaru, ibu mentua kepada Hannah iaitu Mariana Yati mendoakan agar perkahwinan anak serta menantunya itu kekal hingga ke syurga. Pelakon veteran Singapura Itu juga turut menitipkan pesanan supaya Hannah dan Imam terus bersabar. Menerusi satu posting yang lain pula, Mariana turut menyatakan dia merestui perkahwinan anaknya dan Hannah Delisha.
Baca berita selanjutnya di www.budiey.com
9 Mar 2021
BULETIN VIRAL 02: GENG YOUTUBER TERKENAL DITAHAN POLIS BIKIN KECOH DI GELANGGANG FUTSAL, RUPANYA ADA KESALAHAN LAIN?
Polis mengesahkan penahanan 12 individu termasuk seorang YouTuber yang terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Taman Perindustrian Subang kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, kesemua tangkapan dibuat kira-kira pukul 1.30 pagi tadi menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Baca berita selanjutnya di www.budiey.com
9 Mar 2021
BULETIN VIRAL 01: PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN JADI TETAMU PERTAMA MASUK KAABAH
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah pada malam Sabtu (semalam) bersama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain. Detik pembukaan pintu Kaabah, turut dirakam beberapa jemaah yang berkongsi momen itu di media sosial dan ini merupakan kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu. Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri tiba di Jeddah pada pukul 5.31 petang Sabtu waktu tempatan (10.31 malam di Malaysia) untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi. Muhyiddin adalah ketua negara pertama yang mengerjakan ibadah umrah sejak penularan pandemik Covid-19 sejak Mac 2020. Bacaan berita selanjutnya di www.budiey.com
Host of BULETIN VIRAL?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.