Kuliah Kedai Kopi menjunjung prinsip raikan perbezaan pendapat. Kuliah Kedai Kopi akan memberi perhatian kepada semua individu atau isu yang jarang diberi perhatian.
Empat orang jejaka bertapa di Bukit Tunku untuk membincangkan tentang Kuala Lumpur. Ditemani bunyi bising motorsikal, mereka cuba utarakan pendapat tentang kota raya ini. Ikan kelah, prebet sapu, kampung baru dan ambulan juga dipetik dalam ulasan ini. Sudah semestinya anda perlu dengar untuk ketahui isinya itu.
28 Jun 2021
103 - Proses Keldai-kan Manusia
Dalam era ekonomi negara kian tenat ini, kedai mesin slot pun mengalami kerugian teruk dan ramai hilang mata pencarian. Namun ini bukan keadaan yang negatif untuk semua pihak. Ada yang memandang ini sebagai peluang untuk mengambil pekerja dengan gaji yang rendah kerana ramai terdesak mencari kerja demi sepinggan nasi. Dalam proses ini, ada yang menjadi manusia dan ramai menjadi keldai. Bagaimana? Dengar dulu.
19 Jun 2021
102 - Cerita Pegawai Politikus
Dikala media arus perdana sibuk wawancara pak menteri, kami di Kuliah Kedai Kopi bertindak agresif dengan cuba mengorek cerita-cerita dari pegawai ahli politik. Mula dari pengalaman manis hingga ke pahit, semua kami rungkaikan bersama.
13 Jun 2021
101 - Matrikulasi ke STPM?
Kuliah Kedai Kopi menjunjung prinsip raikan perbezaan pendapat. Dikala ramai masih berperang di Twitter dengan kicauan Matrikulasi atau STPM lebih baik, saya di Kuliah Kedai Kopi sampaikan pengalaman dan kebenaran tentang Matrikulasi. Sudah tentu setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan, namun itu tidak patut menjadi asbab untuk kita lari dari menjawab persoalan yang utama.
Host of Kuliah Kedai Kopi.?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.