Podcast Tak Penting adalah sebuah podcast mingguan di mana dua (atau lebih) orang tak penting berborak dan merapu tentang perkara-perkara tak penting dalam kehidupan mereka yang tak penting.
Empat orang tak penting, Amet, Adam, Harith dan Mard lepak dan bersembang tentang topik mereka masing-masing. Harith benci smartphone Lenovo dan lagu Ayamas, Adam erect dan pura-pura mati dalam swimming pool, Mard hampir lemas 2 kali dan bukanlah seorang wanita berloceng, dan Amet ponteng sekolah sambil hidu petrol.
22 Sept 2020
#6 Depression & Loneliness
DISCLAIMER: Jika anda memerlukan pertolongan atau emotional support, carilah pertolongan professional di klinik/hospital berdekatan atau hubungi befrienders - 0376272929.
WARNING: bad audio editing, earphones is adviced. Tiga orang tak penting, Amet, Harith dan Mard, dan seorang orang penting, Naja, berkongsikan pendapat dan pengalaman mereka tentang satu topik yang penting, iaitu kemurungan dan kesunyian.
15 Sept 2020
#5 Confidence, Self-Love & Dealing with Hate
Tiga orang tak penting, Amet, Harith dan Mard berkongsi pandangan mereka tentang keyakinan diri, cara mereka untuk sayang diri sendiri dan bagaimana mereka mengatasi kata-kata orang sekeliling. Kali ini mereka tidak melencong terlalu jauh dari topik, mungkin kerana hadirnya Mard untuk meluruskan flow perbualan. Mard tak faham meme dan semakin productive sejak pkpd, Harith kayuh basikal sambil makan oblong pattaya dan tumbuk classmatenya sehingga berdarah, Amet pula seorang king yang memakai tiara yang suka judge orang.
8 Sept 2020
#4 Socmed, Gundam & Online v Offline Gaming
Tiga orang tak penting, Amet, Harith dan Adam, duduk, lepak dan borak tentang pelbagai benda. Mereka telah mencuba untuk teruskan dalam satu tajuk, iaitu social media dan video games, tetapi seperti biasa, mereka telah melencong ke merata-rata tajuk yang tidak berkaitan dan telah membuat pelbagai meme reference. Harith seorang beta-tester yang tidak bayar subscription Netflixnya sambil membawa Axia, Adam seorang orang single yang telah membeli spare-part psp dan Amet mempunyai minor dong, obses dengan pp dan bukanlah seorang gamer.
31 Aug 2020
#3 Basikal Bot Merdeka, PKP & Cultural Appropriation
SELAMAT HARI MERDEKA!!! Dua orang tak penting, Amet dan Harith, lepak dan cuba borak tentang kenangan menyambut merdeka di sekolah namun terbabas beberapa kali ke beberapa tajuk berbeza. Harith berbasikal dan berpidato dan Amet white pipol yang terkucil di dalam seluar.
24 Aug 2020
#2 Mencari Passion & Video Games
Dua orang tak penting, Amet dan Adam cuba sebaik mungkin untuk berbincang tentang satu topik dan stay dalam satu topik tak penting, namun telah melencong ke banyak topik lain yang juga tak penting. Amet tiada maruah dan Adam suka perempuan.
17 Aug 2020
#1 Kelas Online & Negaraku
Dua orang tak penting, Amet dan Mard, berborak tentang pengalaman mereka tentang kelas online dan Amet tak suka berdiri masa nyanyi lagu negaraku.
Host of Podcast Tak Penting?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.