Pengalaman aku merasai hamil. Perasaan gembira bercampur takut dan sedih kerana akhirnya kurniaan rasa itu sementara. Tiada “jika itu” atau “jika ini”. Tiada siapa yang dipersalahkan, ia cuma persinggahan rasa yang tidak akan aku dapat dimana mana. Terima Kasih Allah.
19 Jul 2020
YANG PALING BERANI
Yang Paling Berani di dedikasikan kepada seseorang yang tidak lagi akan muncul di alam ini. Yang akan kita jumpa di alam lain nanti. Tulisan ini saya ciptakan untuk arwah kawan kami yang pergi tanpa sebarang petanda. Tiada apa yang dirisaukan disebelumnya, cuma rindu untuk bertemu semula setelah masing-masing membawa diri usai belajar bersama. Dia adalah seorang yang baik dan disayangi rakan-rakan. Kata orang, yang baik selalu dipilih awal oleh Tuhan. Kepergiannya indah, sehari sebelum Malaysia mengumumkan PKP. Saya tidak dapat kesana bertemu dia. Tapi, diwakilkan rakan terdekat juga memadai. Terima kasih kerana hadir meski hanya 3 tahun kita berkenalan, kau memberi banyak kegembiraan. Sedihnya kau sedih sendiri. Tidak dapat kita melanjutkan perkenalan, kau yang paling berani. Lagu: banda neira ( sampai jadi debu) . Selamat mendengar !
10 Jul 2020
REHAT
Ini adalah tulisan yang sekian lama didalam buku, perihal diri sendiri yang keliru dan berterima kasih. Asalnya ini adalah video dan subtitle, tapi saya convert kepada suara sahaja untuk pendengar spotify malam-malam. Siapa belum dengar lagi poet ni, selamat mendengar!
Host of The Senandika?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.