Hi, aku Burhan dan Bicara Gaming ialah siniar (podcast) aku. BG ialah sebuah siniar gaming Bahasa Melayu yang dirakam di Malaysia. Dalam siniar ini, aku berkongsi tentang berita-berita gaming terkini, jualan game, keluaran game, dan juga menjawab soalan yang aku terima melalui media sosial. Untuk apa-apa pertanyaan, boleh hantarkan emel ke burhanudinzamri@gmail.com ataupun menerusi akaun Twitter aku @burhan_plays.
Berita dalam episod ini: Tarikh pelancaran No Straight Roads, Nier Replicant diumumkan, Sony nafi PS5 akan tertunda, dan ringkasan Nintendo Direct Mini.
20 Mar 2020
Bicara Gaming #10 - PS5 Sini
Berita-berita pada episod ini: Spesifikasi PS5, spefikasi Xbox Series X, The Witcher 4, Permainan video eksklusif PS4 ke PC, dan versi fizikal Final Fantasy VII Remake mungkin tidak tiba pada tarikh pelancaran.
11 Mar 2020
Bicara Gaming #9 - Aloy Di PC
Episod ni aku skip bahagian Q&A sebab masa rekod rasa tak sihat, pening kepala. Minta maaf kepada para pendengar sebab episod ni agak singkat berbanding episod lain. Berita-berita: Tarikh pelancaran Ghost of Tsushima, GDC 2020 ditunda, Horizon Zero Dawn datang ke PC, dan Pendedahan Baldur's Gate III.
28 Feb 2020
Bicara Gaming #8 - PS5 Mana?
Berita dalam episod ini: Ciri-ciri baru Xbox Series X, game Samurai Jack baru, demo Resident Evil 3 Remake diumumkan, EA tak pi GDC, dan tarikh pelancaran The Wonderful 101.
20 Feb 2020
Bicara Gaming #7 - Lintasan Haiwan
Berita untuk episod ini: (1) Coffee Talk kaut untung RM2.3 juta, (2) Game Mok Cun capai 1.6 juta muat turun, (3) Animal Crossing Nintendo Direct, (4) Playstation Player Celebration, (5) Harga PS5 cecah RM2k, (6) Persona 5 Untuk Switch.
9 Feb 2020
Bicara Gaming #6 - Wonderful 101 Dibebaskan
Episod kali ni ada beberapa berita menarik: Laman web PS5 dilancarkan, Coronavirus ganggu pembuatan konsol, The Wonderful 101 akan datang ke platform lain, dan banyak lagi!
2 Feb 2020
Bicara Gaming #5 - Star Wars Buktikan EA Salah
Berita gaming dalam episod ni: Jualan laris Star Wars Jedi: Fallen Order, Apex Legends Musim Ke-Empat, Pokemon Home, penagguhan Dying Light 2, dan Temtem masuk early access. Untuk bahagian keluaran game, aku kongsikan game yang akan keluar pada bulan Februari 2020 serta game percuma untuk PS+ bulan ni.
25 Jan 2020
Bicara Gaming #4 - Byleth, Bukan Dante
Dalam episod ni, aku berkongsi tentang DLC terbaru untuk Super Smash Brothers Ultimate, Fire Emblem Three Houses, GPU baru AMD iaitu RX 5600 XT, dan juga pembukaan studio game development Double Eleven di Malaysia. Untuk segmen keluaran game, aku bagi hampa recommendations game apa hampa patut beli di PS Store New Season Sale.
18 Jan 2020
Bicara Gaming #3 - Pokemon & Tangguhan
Dalam episod ni, aku kongsi dan huraikan tentang Pokemon Direct yang berlangsung pada 9hb Januari dan juga berita tentang beberapa game yang tertangguh.
11 Jan 2020
Bicara Gaming #2 - Teknologi Baru Dari CES
Dalam episod ni, aku kongsikan sedikit tentang beberapa perkara menarik dari acara CES yang baru-baru ni berlangsung di Las Vegas. Selain tu, ada berita mengenai Nintendo Switch Stylus, PS+ free games, FFXV mobile MMO, dan juga boss baru DICE LA. Selamat menyambut hari Iceborne kepada pemain PC Monster Hunter World!
2 Jan 2020
Bicara Gaming #1 - Witcher & Cukai
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ni episod pertama podcast gaming aku yang bertajuk Bicara Gaming Bersama Burhan (BGBB) ataupun tajuk pendek dia Bicara Gaming.
Dalam episod ni aku cakap pasai persetujuan baru antara CD Projekt Red dan penulis novel The Witcher Andrzej Sapkowski, cukai digital 6% untuk PlayStation Store, dan Dualshock 4 Back Button Attachment.
Kalau nak aku jawab apa-apa soalan gaming, boleh email ke burhanudinzamri@gmail.com atau hantar mesej ke akaun Twitter aku @burhan_plays.
Contact Bicara Gaming
Guest appearances
Does not typically book guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Bicara Gaming?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine