Selamat datang ke #boncit2PODCAST! Podcast oleh boncit2sekalian Muhammad Haziq Saed.
Di dalam podcast ini, akan membicarakan topik-topik yang bersesuaian dengan minat seperti gaming, movies, dan juga pengalaman.
Jangan lupa untuk layari laman YouTube dengan membuat carian boncit2sekalian. Boleh juga melayari instagram @boncit2sekalian.
Selamat mendengar!
1.15: JANGAN SALAH PANGKAH! BILA HARLEY QUINN JADI PATUNG BARBIE...
Assalamualaikum, hello dudes and dudets.
Siap berkempen untuk pilihanraya, apa kata kita tengok kejap antara undi-undi yang diterima dan ditolak ketika mengundi.
Sabtu lepas, tengok filem Barbie 2023. Apakah pandangan saya? Tunggu...
19 Jul 2023
1.14 NAK TENGOK FILEM TAK DAPAT! TOK RAM TAKUT G-FORCE!
Assalamualaikum, hello dudes and dudets!
Nak tengok wayang tiba-tiba je tak jadi, so duduk rumah sampai esok masuk kerja balik lah! Kita nak bincang pasal filem-filem yang ada rasa nak tengok lagi, dan kita jugak ada bincang pasal Travelawak Projek Bapak-Bapak, sape yang banyak mengelat sebenarnye...
12 Jul 2023
1.13 (Bonus): JUMPA IMAM MUDA ASYRAF! (Original Version)
Assalamualaikum, selamat sejahtera.
Episod ini dimuat naik adalah asbab interview yang pecah-pecah ketika masuk recording. Maka mohon maaflah atas kekurangan saya yang daif ini untuk memastikan video ini berjalan dengan lancar. Mungkin saya akan buat recording dalam OBS dulu baru masuk dalam video editor.
Setelah mendengar/menonton episod ini, sila kembali ke episod 1.13 yang asal bersambung dari 7:32.
12 Jul 2023
1.13: JUMPA IMAM MUDA ASYRAF! Mengenang Internet Zaman Dulu...
Assalamualaikum, selamat sejahtera.
Peluang untuk berjumpa dan menemubual Ustaz Asyraf Ridzuan a.k.a. Imam Muda Asyraf sebab ini adalah kali keempat saya berjumpa dengan ustaz ini.
Terus juga kita berbincang pasal Internet dan YouTube zaman dulu, macamana aku dapat mengenali Naat (Kalam-kalam memuji Rasulullah SAW) dari Owais Raza Qadri dan Farhan Ali Qadri, Gaki No Tsukai, dan seorang ustaz yang mampu menjadikan YouTube sebagai medan dakwah moden.
--
Semak Ralat:
1. Video interview dengan Imam Muda Asyraf audio dia pecah-pecah sikit, jadi sila ke episod 1.13 bonus untuk menyaksikan interview ini dengan jelas sedikit.
2. Pada minit ke 20:05, Audio pecah-pecah ketika nak perjelaskan tentang Don't Dance to Naat oleh Owais Raza Qadri.
3. Pada minit ke 27:50, saya lupa nak cakap yang Hitoshi Matsumoto dan Masatoshi Hamada group dia adalah bernama 'Downtown'.
5 Jul 2023
1.12: Bincang Marvel dan Multiverse, Review Projek Bapak-Bapak...
Assalamualaikum, hello dudes and dudets!
Seperti yang dijanjikan episod lepas, BAHARxGAMING nak cakap pasal Spider-Man, tahu-tahu kita terlajak cakap pasal Marvel dan Multiverse. Lepas tu kita jugak nak bincang pasal Projek Bapak-Bapak yang kita dah tengok setakat ini.
26 Jun 2023
1.11: Padu Main GTA Online, Review Polis Evo 3, Animefest 2023...
Assalamualaikum, hello dudes and dudets...
Episod ini release agak lambat daripada apa yang telah dirancang kerana ada urusan di awal pagi dan edit tak sempat nak siap kerana nak kena cari flaws dalam video podcast kita.
Episod ini kita akan bincang tentang padu main GTA Online, review kitorang tengok Polis Evo 3, dan perasaan kitorang pergi Animefest untuk tahun ini. Ada sedikit interview bersama @ellicee_ cosplay sebagai Sakura dari Boruto Naruto Next Generations.
Kita juga ada test microphone sekali lagi dan Alhamdulillah, dapat jugak record suara, tapi suara ada macam pecah sikit.
21 Jun 2023
1.10: Episod Ini Tiada Tajuk...
Assalamualaikum, hello dudes and dudets...
Sepatutnya hari ni adalah episod untuk review Mega Spontan bermula dari episod 1 sampailah episod 5, tapi baru setoet je tengok cerita tu. Haih apa nak jadi dengan aku kalau aku asyik malas, cemane nak jadi famous podcaster macam ni?
15 Jun 2023
1.9: Dugaan Bertimpa-Timpa Kat Aku! Preview Mega Spontan Review
Assalamualaikum, hello dudes and dudets!
Episod kali ni terpaksa dibawa release pada hari ini, yaitu Khamis. Banyak perkara yang saya terpaksa isukan termasuklah masalah recording phone terpaksa pakai microphone lain, perancangan masa akan datang, dan review balik Super Spontan dari first season (2012) sampai Extravaganza (2018).
8 Jun 2023
1.8: Review Filem The Little Mermaid 2023
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Secara tiba-tiba dan tidak kena, ini adalah episod kedua dalam minggu ini untuk review filem The Little Mermaid yang aku tonton baru-baru ini. Adakah aku berpuas hati dengan filem yang aku tonton tengah hari tadi? Sama-sama kita dengarkan.
P.S.: Sejak kebelakangan ini aku banyak lost of words ketika aku melaksanakan podcast aku lebih-lebih lagi aku dengan Baharul Isa. Aku harap aku akan berusaha lebih dalam episod-episod podcast akan datang. Salam malam Jumaat semua.
7 Jun 2023
1.7: Gaming, Bila Game Jadi Movie...
Assalamualaikum, selamat sejahtera.
Kitorang jadi vigilante sekarang ni sebab kita nak bincang pasal game, minat main game, dan bila game jadi movie kerana kehebatan francais game tu.
Aku dah cuba mic yang dipasang kat smartphone yang aku dah record tapi kurang memuaskan. Mungkin aku akan cuba mic yang lebih berkualiti untuk outside podcasting nanti.
31 May 2023
1.3 (v1 Re-Release!!!): Air Force Selagi Bernyawa, Animangaki 2022, Ejen Ali Musim 3 Bahagian 1 - bersama @baharulisa BAHARxGAMING
Assalamualaikum!
Episod 1.3 adalah pelancaran semula serentak dengan pelancaran episod 1.6 yang dilancarkan tadi. Maka dengan ini, korang dapat dengarlah podcast aku dengan sedare aku BAHARxGAMING (@baharulisa) buat pertama kali sekali lagi! (dengan penambahbaikan semula editing sedia ada untuk memenuhi win-win situation episod ini.)
3 topik dalam 1 episod hari ini!
1. Air Force Selagi Bernyawa
2. Animangaki 2022
3. Ejen Ali Musim 3 Bahagian 1
BONUS! Preview Abang Long Fadil 3
Seperti description sebelum ini, kita akan kupas filem dan siri TV yang telah kami tonton pada akhir 2022 lepas, dan membincangkan tentang pengalaman kami di Animangaki 2022 yang berlangsung di Mines. Jom layan!
P.S.: Ini adalah episod pertama dimana panjangnya episod podcast ini adalah selama 1 jam! What a record!
31 May 2023
1.6: Selamat Datang Kembali BAHARxGAMING! Review John Wick 4 dan Super Mario The Movie
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Untuk episod podcast kali ni, aku jemput sekali lagi BAHARxGAMING @baharulisa untuk membincangkan tentang filem John Wick Chapter 4 dan aku akan bincangkan Super Mario the Movie. Kitorang jugak akan bincang pasal Polis Evo 3 (kitorang belum tengok lagi ye...) dan benda2 miscellaneous.
24 May 2023
1.5: Pengejar Layang-Layang, The Kite Runner...
Assalamualaikum.
Kali ini kita nak review satu filem yang bertajuk 'The Kite Runner'.
Adakah saya berpuas hati dengan filem yang saya tonton beberapa minggu lepas?
Sama-sama kita dengarkan.
18 May 2023
1.4: Review Filem First Slam Dunk dan Quantumania
Assalamualaikum.
Sebenarnya episod ni patut release pada semalam, tapi asbab urusan-urusan yang bertimpa-timpa (dan recording yang terpaksa direcord semula), terpaksalah saya buat episod ini last minute.
Mohon maaf kalau recording kali ini tidak memuaskan. Kita nak review filem The First Slam Dunk dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania.
12 May 2023
1.4 Trailer: I'm Back Everyone! Aku Dah Kembali!
Assalamualaikum. Sudah lama saya tak buat podcast kali ni. KIta kasi preview sikit apa yang nak kita cakap pada kali ni. Tunggu...
Oh BTW, aku ada upload intro baru untuk boncit2sekalian. Amacam?
RALAT: Sebutan sepatutnya adalah minit dan bukan jam. Mohon maaf...
1 Sept 2022
1.3 (v2): Review Filem Air Force Selagi Bernyawa
Versi pertama episod ini terpaksa dialih keluar atas alasan-alasan tertentu. Maka dengan ini, dengan release versi kedua episod ini, saya harap semua memahami isu yang berlaku di sebalik tabir. Harap maklum.
--
Assalamualaikum. Episod kali ini akan membincangkan tentang filem Air Force Selagi Bernyawa. Mesti korang tertanya-tanya, kenapa tak include perkataan 'The Movie'? Best ke tengok pakai 4DX? Apa-apa, jom kita kupas tentang filem ini. Jom layan!
20 Aug 2022
1.2: Review Filem Luck (Apple TV+): Adakah Kau Bertuah?
Seperti yang dibincangkan, hari ni kita nak kupas filem animasi bertajuk Luck dari Skydance Animation untuk Apple TV+. Adakah filem ini berbaloi untuk ditonton? Jom dengar sikit!
12 Aug 2022
1.1: Pengenalan
Assalamualaikum! Selamat datang ke episod pertama #boncit2PODCAST!
Episod ini bakal menceritakan tentang pengenalan podcast aku yaitu boncit2PODCAST. Siapakah boncit2sekalian? Dengarkannya di sini!
Contact #boncit2PODCAST
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of #boncit2PODCAST?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine