Berita bukan sekadar fakta. Di Borak Daily Podcast, kami bedah isu, soal naratif, dan bawa suara rakyat ke pentas utama. Satu podcast untuk anda faham cerita di sebalik berita
Podcast KPT Episod 22: TVET dan Revolusi Kemahiran Baharu
TVET dan Revolusi Kemahiran Baharu
Bagaimana TVET membentuk generasi berkemahiran yang lebih bersedia mendepani dunia pekerjaan masa kini? Dalam era teknologi, AI dan perubahan industri yang pantas, bagaimana institusi pendidikan tinggi menyesuaikan latihan dan kemahiran agar terus relevan dengan keperluan semasa?
Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional, termasuk usaha mendekatkan pelajar dengan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Antara yang dikupas dalam episod ini:
Segmen Ekosistem TVET & Masa Depan Kemahiran
Dr. Syamsuri Abdullah (Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti)
Kupasan mengenai landskap TVET negara, kebolehpasaran graduan, hubungan strategik dengan industri serta keperluan menguasai kemahiran baharu dalam era digital.
Segmen Perkongsian Pakar: Cuaca, Monsun & Risiko Bencana
Ts. Ir. Dr. Goh Tian Lai (UKM)
Perbincangan mengenai situasi cuaca tidak menentu, banjir, tanah runtuh dan kepentingan kesedaran masyarakat terhadap risiko bencana.
Segmen Kisah Kejayaan Kepakaran KPT
Dr. Muhammad Karbela Reza Ramlan (HCTM, UKM)
Perkongsian mengenai rekonstruksi ACL secara penjagaan harian, satu inovasi rawatan yang mempercepatkan proses pemulihan pesakit.
Hos: Encik Hafizi Rosli
Dengarkan episod ini untuk memahami bagaimana TVET, kepakaran akademia dan inovasi institusi KPT terus memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara. 🎙️
19 Mar 2026
Podcast KPT Episod 12: Ramadan dan Raya: Ibadah, Simpanan dan Masa Depan
Bagaimana Ramadan boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan ibadah, tetapi juga merancang masa depan yang lebih baik? Dalam suasana Aidilfitri, sejauh mana pengurusan kewangan yang bijak mampu memberi kesan kepada kehidupan dan generasi akan datang?
Dalam episod khas Podcast KPT kali ini, kita mengupas aspek ibadah, simpanan pendidikan serta nilai perpaduan masyarakat — daripada kepentingan menabung untuk anak-anak, keistimewaan Ramadan hingga makna sebenar Aidilfitri.
Antara yang dikupas:
Segmen Simpanan Pendidikan & SSPN
Puan Mastura Mohd Khalid (PTPTN)
Kepentingan simpanan awal, manfaat SSPN serta kelebihan kepada pendeposit.
Segmen Ibadah & Keistimewaan Ramadan
Dr. Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam (UPNM)
Hikmah puasa, Lailatul Qadar dan amalan sepanjang Ramadan.
Segmen Aidilfitri & Perpaduan Masyarakat
Dr. Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (UKM)
Peranan perayaan dalam mengeratkan hubungan dan keharmonian.
Hos: Encik Hafizi Rosli
Dengarkan episod ini untuk melihat bagaimana Ramadan dan Raya menjadi asas kepada kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna. 🎙️
19 Mar 2026
Podcast KPT Episod Khas: Memilih Laluan, Membina Masa Depan
Memilih Laluan, Membina Masa Depan
Bagaimana pelajar lepasan SPM boleh membuat pilihan terbaik untuk masa depan mereka? Apakah laluan pengajian yang tersedia, dan bagaimana menentukan kursus serta institusi yang paling sesuai dengan minat dan potensi diri?
Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan secara menyeluruh panduan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi — daripada proses permohonan UPU, pemilihan kursus, sehinggalah kepada peluang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Antara yang dikupas dalam episod ini:
Segmen Laluan & Permohonan UPU:
Encik Mohd Najib Mohd Sarif (Pengarah, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT)
Kupasan mengenai proses permohonan UPU Online, tips pemilihan program, kesilapan lazim pelajar serta panduan untuk memastikan permohonan dibuat dengan tepat dan teratur.
Segmen Jom Masuk Universiti & Akses Maklumat:
Perkongsian tentang platform Jom Masuk Universiti (JMU) sebagai medium utama untuk pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat, konsultasi serta pendedahan kepada pelbagai pilihan pengajian secara fizikal dan maya.
Segmen Biasiswa & Bantuan Kewangan:
Puan Rohaizah Muhamad (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Biasiswa, KPT)
Penerangan mengenai jenis penajaan, bantuan kewangan dan biasiswa yang ditawarkan oleh KPT, termasuk peluang kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pengajian tanpa beban kewangan.
Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)
Dengarkan episod ini untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat dalam memilih laluan pendidikan — kerana setiap pilihan hari ini adalah asas kepada masa depan yang lebih baik. 🎙️
Contact Borak Daily Podcast
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Borak Daily Podcast?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine