Kenapa terbinanya podcast ni? Simple.
Everyday aku dapat DM or PM mengenai soalan-soalan mengenai marketing & business. Aku tak boleh type satu-satu jadi, aku nak share melalui podcast ini.
Apabila kita sedang layari laman Facebook kita akan terjumpa beberapa iklan di Facebook ataupun ‘FB Ads’. Macam mana untuk kita guna FB Ads? Anda sebagai usahawan kecil dan besar yang baru mesti tertanya kan? Oleh itu, kali ini kita belajar atau kenali secara ringkas apa itu FB Ads.
30 Oct 2020
Episod 13 - "Saya Jual Barang Orang. Macam Mana Nak Buat Digital Marketing?"
Ada kat sini yg bisnesnya baru nak menapak? Atau dah bertahun-tahun menapak dengan cara ‘orang lama’ sekarang baru nak buat secara online? Taktau nak start dari mana? Newbie? Freshie?
Haa.. kalau anda golongan-golongan yang di atas. Jom dengar podcast ni dulu.
Step by step ringkas untuk anda follow.
29 Oct 2020
Episod 12 - "Saya Fresh Graduate. Perlu Ke Buat Posting Dekat LinkedIN?"
LinkedIN. Platform yang ramai tak guna sangat. Trust me, LinkedIN adalah batu loncatan kepada sesiapa yang nak buat Personal Branding atau tingkatkan kredibiliti.
28 Oct 2020
Episod 11 - Twitter For Business
Ada soalan dari one of my followers mengenai Twitter for Business. Saya ada opinion saya sendiri mengenai Twitter ini. Ada sesiapa nak tahu?
27 Oct 2020
Episod 10 - Marketing Adalah INVESTMENT
Ramai takut nak invest dalam marketing. Nak buat bisnes ni, marketing is a must. Nak ada SALES, kena ada CLIENT. Nak ada CLIENT, kena ada LEADS. Nak ada LEADS, kena ada marketing. Simple kan?
26 Oct 2020
Episode 9 - Konsep A.I.D.A Dalam Marketing
Konsep AIDA dalam IKLAN.
A = Attention / Awareness
iaitu perhatian / kesedaran. Iklan kita mesti mampu menarik PERHATIAN sebelum boleh orang nak BACA. Biasanya kita guna ayat2 PELIK atau ayat yang merujuk / menjurus kepada suatu isu berkaitan PROSPEK (pembaca);
Contoh : "Mahu Kekalkan Kecantikan Seperti 10 Tahun Dahulu?"
I = Interest
iaitu MINAT. Iaitu ayat yang membuatkan prospek minat untuk terus baca.
Contoh : "Anda dah cuba macam-macam cara, tapi masih tak berjaya... anda hampir putus asa... tetapi jangan risau, kami ada penyelesaiannya yang HEBAT"
D = Desire
Kehendak / kemahuan yang tinggi - bila dah minat, kena wujudkan kemahuan yang tinggi untuk membeli. Boleh guna testimoni atau hasil penyelidikan saintifik dsb yang menyakinkan.
Contoh : "Sudah ada 100 orang yang berjaya kurus dalam masa 1 bulan sahaja. (nyatakan antara testimoni yang berjaya).
A = Action
Kalau orang dah sangat berminat, tapi tak ada 'ayat' yang boleh menggerakkan mereka untuk bertindak 'SEKARANG' maka prospek akan 'BERTANGGUH'. Penangguhan prospek adalah kerugian bisnes.
Dalam konteks ini, boleh gunakan IMPULSE FACTOR... ada 5 jenis IMPULSE FACTOR.
Boleh juga gunakan kata-kata penegas tindakan / CTA (Call To Action) seperti 'Telefon / Whatsapp kami SEKARANG!!".
25 Oct 2020
Episode 8 - "Followers di IG ada dalam 300 and story views ada dalam 80 daily tapi no engagement juga"
Siapa ada masalah sama? Dah buat content dah ni, tapi still takde orang engage. Well, jangan mengalah dulu! Tengok balik apa yang korang boleh betulkan. Mungkin content dah betul, tapi timing salah. Atau mungkin content salah, tapi terlalu menjual.
Dekat sini aku nak share apakah pendapat aku.
24 Oct 2020
Episod 7 - Nak Buat Market Research Untuk Bisnes
Kalau korang masih di fasa ragu-ragu nak buat bisnes, mungkin podcast ni boleh selesaikan masalah. Market research sangat penting untuk korang yang baru nak mula. So that korang boleh ada "calculated risk" jika sesuatu terjadi.
23 Oct 2020
Episod 6 - Macam Mana Nak Buat Content Kena Dengan Audience
Anda pernah dengar tak mengenai Content Marketing? Biasa buat tak? Ke tak tahu langsung? Apa benda Content Marketing ni?
Content Marketing adalah membina dan berkongsi informasi yang BERNILAI secara percuma kepada audiens. Ia digunakan untuk menarik dan tukarkan dari prospek ke pelanggan, akhirnya menjadi pelanggan setia. Jenis content yang anda kongsikan mestilah berkaitan dengan produk yang anda jual. Maknanya, anda EDUCATE fans anda supaya mereka PERCAYA, KENAL dan SUKA berurusan bisnes dengan anda.
Content marketing telah pun menjadi perkataan biasa dalam dunia online bisnes sekarang ini. Teorinya mudah, anda suarakan pendapat anda dalam industri yang anda ceburi, seterusnya berikan perkongsian yang bagus dan bernilai agar audiens suka untuk berkomunikasi dengan brand anda.
Maknanya, anda tulis perkongsian yang bermanfaat pada dinding Facebook, atau fanpage anda, dan jika perkara itu sesuai dengan audiens yang anda ada, mereka akan lebih SETIA dan PERCAYA dengan brand anda.
22 Oct 2020
Episod 5 - SAYA TAK BOLEH BANTU!
Maafkan saya if topik ni sedikit controversial tapi SAYA TAK BOLEH BANTU!
Tak boleh bantu apa tu? Korang rasa apa?
21 Oct 2020
Episod 4 - Ramai Followers = Banyak Sales?
Terlalu ramai yang ada mindset yang bercakap tentang bila ramai followers je, sales banyak...
TAK SEMESTINYA!
Dalam podcast kali ni, saya nak share berkenaan dengan topik ini.
20 Oct 2020
Episod 3 - Fahamkan FB Ads?
Iklan FB Ads..
Pasti anda biasa dengar? Tapi adakah anda tahu apakah “FB Ads” ini? Jika tahu, bagus…Tak tahu? Pun bagus! Ini kerana saya akan terangkan apa itu FB Ads.
FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising..dalam Bahasa Melayu, Pengiklanan Facebook!
Facebook menyediakan ruang untuk pengiklan untuk mengiklankan produk, servis, komuniti mereka dan sebagainya kepada jutaan pengguna Facebook berdasarkan;
data geografi (di mana pengguna FB berada),
data demografi (umur, jantina dan status pengguna FB) ,
data sosiografi (apa yang pengguna FB suka), dan juga
data sosiografi (hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group).
Di mana iklan dipaparkan? Dan bagaimana ianya dipaparkan?
Iklan FB ini dipaparkan di beberapa ruang pengiklanan FB mengikut ‘gajet’ yang digunakan oleh pengguna untuk melayari Facebook.
20 Oct 2020
Episod 2 - Bagaimana Nak Naikkan Followers Di Instagram
Apabila anda mula membuat perniagaan online, Anda mesti membayangkan bagaimana mudahnya untuk menjual produk jika anda mempunyai pengikut setia di akaun Instagram. Akan tetapi untuk mendapatkan 1000 followers pertama tidak mudah seperti yang disangka. Anda perlu tahu bagaimana cara naikkan followers instagram.
Kami akan mengupas topik tentang cara bagaimana naikkan followers dalam masa yang singkat. Sebelum kita mengupas topik ini, Anda perlu tahu kenapa Instagram penting dalam menaikkan hasil jualan perniagaan anda.
20 Oct 2020
Episod 1 - Cara Nak Cari "BIG WHY" Dalam Bisnes
Apa itu BIG WHY dan kenapa ianya penting?
BIG Y mungkin anda pernah dengar sebelum ni. Tapi apa maksud yang sebenarnya?
Ada orang cakap BIG WHY adalah niat utama kita kenapa nak buat bisnes.
Ramai yang bagi tahu nak buat bisnes ni sebab nak:-
>Balas jasa mak ayah.
>Nak bagi lebih keseronokan & kelesaan kepada anak bini.
>Nak bantu suami sebab kesian tengok kerja sorang2 untuk keluarga.
Dan macam2 lagi.
Tapi, apa kaitan BIG Y yang anda set tu dengan bisnes anda yang buat?
Ok lah, anda cakap nak buat bisnes ni sebab nak balas jasa mak ayah.
Dan anda pun buatlah bisnes tudung. Jadi, apa kaitan jual tudung dengan nak balas jasa mak ayah korang? Sebab prinsip asas bisnes adalah menyelesaikan masalah.
Contact #BorakFAMOUZ
Guest appearances
Does not typically book guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of #BorakFAMOUZ?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine