Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.
Bersama kami dalam episod khas sempena Bulan Keselamatan Negara 2024 dan ulang tahun ke-53 penubuhan MKN! Kita akan berbicara mengenai NACSA Cyber Security Summit 2024 dan peranannya dalam memperkukuhkan keselamatan siber negara. Dalam podcast ini, kita membincangkan:1️⃣ Latar belakang NACSA dan peranannya dalam keselamatan siber negara.2️⃣ Apa yang diharapkan dari NACSA Cyber Security Summit 2024.3️⃣ Penjelasan tema "Unified Efforts for a Secure and Resilient Malaysia".4️⃣ Maklumat ten...
18 Jul 2024
Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK)
Dalam episod kali ini, kita akan membincangkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kita akan mengupas pengenalan IKK, metodologi pembangunannya, keunikannya berbanding indeks lain, serta bagaimana IKK dapat membantu merancang strategi keselamatan negara dan impaknya kepada pembangunan negara. Sertai podcast Cerita 71 untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang peranan penting IKK dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Jangan ketinggalan!#cerita71 #mkn
12 Jul 2024
Peranan Hijrah dalam Keselamatan dan Kesejahteraan Umat
Dalam episod ini, kita akan meneroka sejarah hijrah Nabi Muhammad SAW dan bagaimana peristiwa ini memberikan pelajaran berharga tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Kita akan membincangkan strategi keselamatan hijrah, pembentukan negara Islam di Madinah, pertahanan dan keselamatan, serta pembangunan ekonomi dan sosial. Dengar bagaimana prinsip-prinsip hijrah boleh diaplikasikan dalam konteks keselamatan negara moden untuk membentuk negara yang lebih aman dan sejahtera.#cerita71 #mkn
Contact Cerita 71
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Cerita 71?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine