Tentang DRMM
Dialektika Rencam Masyarakat Marhaen (DRMM) ialah sebuah podcast bersiri bersama Dr Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan Malaysia, yang membincangkan isu-isu pendidikan secara santai, jujur dan membumi.
Melalui perbualan bersama tetamu dan pengamal lapangan, DRMM mengangkat persoalan tentang sekolah, guru, murid, ibu bapa, perpaduan, dasar pendidikan dan masa depan masyarakat Malaysia.
Podcast ini bukan sekadar berbicara tentang sistem pendidikan, tetapi tentang manusia yang dibentuk olehnya.
Kerana pendidikan akhirnya bukan hanya soal bilik darjah.
DRMM EP8 | BOIKOT ED SHEERAN: KEBANGKITAN MASYARAKAT BARAT MEMPERJUANGKAN ISU PALESTIN
Isu Palestin terus mendapat perhatian masyarakat dunia, termasuk dalam industri hiburan. Namun, sejauh mana pengaruh budaya popular mampu membentuk kesedaran dan menggerakkan solidariti terhadap rakyat Palestin?Dalam episod kelapan DRMM, YB Dr Maszlee Malik bersama Sayuti Mansor membincangkan isu boikot Ed Sheeran, perbandingannya dengan Macklemore serta peranan industri hiburan tanah air dalam menyuarakan keprihatinan terhadap Palestin.Bagaimana kebangkitan generasi Z dalam memperjuangkan isu kemanusiaan boleh diterjemahkan kepada solidariti yang lebih bermakna? Mampukah suara masyarakat melalui budaya popular memberi tekanan kepada pihak yang berkepentingan?🎙️ DRMM EP8Boikot Ed Sheeran: Kebangkitan Masyarakat Barat Memperjuangkan Isu PalestinSaksikan dan ikuti perbincangannya.#DRMM #IAIS #MaszleeMalik #SayutiMansor #Palestin #EdSheeran #Macklemore #Boikot #generasiz
DRMM EP7 | PENGAMPUNAN BERSYARAT TAHANAN RUMAH “BOSSKU” DS NAJIB RAZAK
Isu pengampunan dan tahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menjadi perhatian dan menimbulkan pelbagai persoalan tentang prinsip keadilan, kuasa pengampunan serta implikasinya.
Dalam episod ketujuh DRMM, YB Dr Maszlee Malik bersama Sayuti Mansor membincangkan isu ini dari sudut prinsip keadilan Islam dalam hukuman, sumbangan derma yang dikaitkan dengan “Bossku”, serta kesannya terhadap reputasi Malaysia di mata dunia.
Apakah prinsip yang perlu menjadi asas dalam membincangkan isu pengampunan? Dan bagaimana isu ini dilihat dari perspektif keadilan dan tadbir urus?
🎙️ DRMM EP7
Pengampunan Bersyarat Tahanan Rumah “Bossku” DS Najib Razak
Saksikan dan ikuti perbincangannya.
#DRMM #IAIS #MaszleeMalik #SayutiMansor #NajibRazak #Bossku #TahananRumah #Pengampunan #Malaysia
23 Sept 2026
DRMM EP6 | MANSUH AUKU: SATU LAGI REFORMASI KERAJAAN MADANI
DRMM EP6 | MANSUH AUKU: SATU LAGI REFORMASI KERAJAAN MADANI
Komitmen kerajaan terhadap reformasi kembali menjadi perhatian. Namun, sejauh mana perubahan yang dibawa dan apakah yang masih perlu diperbaiki?
Dalam episod keenam DRMM, YB Dr Maszlee Malik bersama Sayuti Mansor membincangkan isu pemansuhan AUKU, komitmen reformasi kerajaan MADANI serta persoalan mengapa gerakan mahasiswa perlu kembali diberikan ruang untuk bersuara.
Adakah pemansuhan AUKU sekadar satu perubahan undang-undang, atau langkah ke arah membina semula budaya mahasiswa yang lebih bebas dan bertanggungjawab?
🎙️ DRMM EP6Mansuh AUKU: Satu Lagi Reformasi Kerajaan MADANI
Saksikan dan ikuti perbincangannya.
#DRMM #IAIS #MaszleeMalik #SayutiMansor #AUKU #Reformasi #KerajaanMADANI #Mahasiswa
21 Sept 2026
DRMM EP5 — RCI TABUNG HAJI: APA SUDAH JADI DENGAN SIMPANAN HAJI KITA?
DRMM EP5 — RCI TABUNG HAJI: APA SUDAH JADI DENGAN SIMPANAN HAJI KITA?
Tabung Haji kembali menjadi perhatian. Apa sebenarnya yang sedang dipersoalkan?
Dalam episod kelima DRMM, YB Dr Maszlee Malik bersama Sayuti Mansor membincangkan isu RCI Tabung Haji, termasuk persoalan tentang simpanan Haji, mengapa isu ini kembali menjadi perhatian dan persoalan berkaitan dividen serta subsidi Haji.
Apabila wang yang disimpan adalah hasil titik peluh rakyat untuk menunaikan ibadah, bagaimana seharusnya amanah ini diurus dan dipertanggungjawabkan? Persoalan inilah yang turut disentuh dalam perbincangan kali ini.
🎙️ DRMM EP5RCI Tabung Haji: Apa Sudah Jadi dengan Simpanan Haji Kita?
Saksikan dan ikuti perbincangannya.
#DRMM #IAIS #MaszleeMalik #SayutiMansor #TabungHaji #RCITabungHaji #Malaysia
15 Sept 2026
DRMM EP. 4 | 69 TAHUN MERDEKA, BENARKAH ISLAM DAN MELAYU MAKIN TERANCAM?
69 tahun merdeka. Namun, mengapa isu Islam dan Melayu masih sering dikaitkan dengan ancaman?
Adakah ancaman itu benar-benar wujud, atau sekadar naratif politik? Apakah pula peranan PMX dan Perjuangan Melayu-Islam, serta sejauh mana campur tangan AS mempengaruhi politik Malaysia?
Dalam DRMM EP. 4, YB Dr Maszlee Malik bersama Sayuti Mansor membincangkan persoalan ini dan menelusuri arah politik Malaysia dalam suasana pasca-Merdeka.
🎙️ 69 Tahun Merdeka, Benarkah Islam dan Melayu Makin Terancam?
Saksikan perbincangan penuh.
#DRMM #PolitikMalaysia #IslamDanMelayu #Merdeka69 #IAIS #GlobalMuslimAffairs
10 Sept 2026
DRMM EP 3 — POLITIK BARU PASCA PRN JOHOR
PRN Johor telah melabuhkan tirainya. Tetapi apakah makna keputusan ini terhadap masa depan politik Malaysia?
Daripada perbezaan antara DUN dan Parlimen, hinggalah kepada persoalan tentang bentuk dan arah politik baharu, PRN Johor membuka ruang untuk kita melihat politik Malaysia daripada sudut yang lebih luas.
Apakah peranan DUN berbanding Parlimen dalam membentuk landskap politik negara?
Adakah keputusan di peringkat negeri boleh menjadi petunjuk kepada dinamika politik di peringkat nasional?
Dan apakah sebenarnya misi politik baharu YB Dr Maszlee Malik?
Dalam DRMM EP. 3, YB Dr Maszlee Malik bersama Sayuti Mansor membincangkan “Politik Baru Pasca PRN Johor”, mengupas perkembangan politik semasa serta melihat ke mana arah politik Malaysia selepas PRN Johor.
🎙️ DRMM EP. 3 | Politik Baru Pasca PRN Johor
Saksikan perbincangan penuh dan ikuti wacana politik yang tidak sekadar melihat siapa menang dan siapa kalah, tetapi apa yang sedang berubah dalam politik kita.
#DRMM #PolitikBaru #PRNJohor #IAIS #GlobalMuslimAffairs
15 Jun 2026
DRMM EP2 — Politik Matang, Bersediakah Malaysia?
Politik matang bukan sekadar slogan cantik menjelang pilihan raya.
Dalam episod kedua Dialektika Rencam Masyarakat Marhaen (DRMM), Sayuti Mansor bersama Dr Maszlee Malik membincangkan persoalan besar: adakah Malaysia benar-benar bersedia meninggalkan politik lama?
Daripada isu Undi 18, kematangan anak muda, budaya politik dendam, hingga persoalan “hari ini kawan, esok lawan?” — episod ini mengajak kita menilai semula makna politik yang lebih sihat, berprinsip dan berpaksikan masa depan rakyat.Jangan kembalikan politik lama.
Tonton DRMM Ep2: Politik Matang, Bersediakah Malaysia?
#DRMM #DialektikaRencamMasyarakatMarhaen #PolitikMatang #MaszleeMalik #SayutiMansor #Undi18 #PolitikMalaysia #IAIS #PendidikanPolitik
21 May 2026
DRMM EP1 — Pendidikan: Alat Perpaduan atau Jalan Perpecahan?
DRMM EP1 — Pendidikan: Alat Perpaduan atau Jalan Perpecahan?
Dalam episod pertama Dialektika Rencam Masyarakat Marhaen (DRMM), Sayuti Mansor berbual bersama Dr Maszlee Malik tentang peranan pendidikan dalam menyatukan masyarakat Malaysia.
Benarkah sekolah masih menjadi jambatan perpaduan?Atau pendidikan hari ini tanpa sedar turut memisahkan kita mengikut kaum, kelas, bahasa dan latar sosial?
Satu perbincangan tentang sekolah, masyarakat, keberanian ahli akademik dan masa depan anak-anak kita.
Bersama Dr. Maszlee dan Sayuti Mansor.
#DRMM #Pendidikan #IAIS #MaszleeMalik #SayutiMansor
Contact Dialektika Rencam Masyarakat Marhaen (DRMM)
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Dialektika Rencam Masyarakat Marhaen (DRMM)?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine