Podcast kolaberasi bersama Dewan Bahasa & Pustaka DBP. Kisah anak syurga ini dihasilkan berdasarkan Buku Gambaran Syurga menurut Fakhr al-Din al-Razi yang meneliti gambaran syurga dengan persoalan serta huraian. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
Temubual Bersama Penulis Buku Gambaran Syurga | Gambaran Syurga Episod Terakhir
Episode terakhir temubual bersama penulis buku Gambaran Syurga tentang pengalaman serta ilham dalam mencipta buku yang menjadi rujukan buat semua generasi.
3 Sept 2021
"GOLONGAN YANG TERAKHIR MASUK SYURGA..." | Gambaran Syurga EP8
Siapakah golongan terakhir yang akan masuk ke dalam syurga? Seberat mana dosa kita, adakah ia akan diampuni? Layak kah kami melangkah masuk ke taman syurga Allah SWT?
27 Aug 2021
"MASUK SYURGA KERANA AMALAN ATAU RAHMAT ALLAH?..." | Gambaran Syurga EP7
Penghuni syurga kelak tidak bercakap perkara sia-sia, menyakiti hati orang lain serta berbohong. Perkataan rahmat membawa beberapa makna antaranya ia bermaksud Islam. Tidak semua manusia memperoleh rahmat itu. Sebagai insan terpilih yang dilahirkan sebagai umat Islam, rahmat itu perlu sentiasa disyukuri.
20 Aug 2021
"MENDAMBA RAHMAT KELAYAKAN KE SYURGA..." | Gambaran Syurga EP6
Apakah orang seperti kita layak masuk syurga? Sedangkan bukan semua dalam kalangan kita ahli ilmu agama, kita bukan seorang ustaz atau ustazah. Kita juga bukan pendakwah yang sentiasa menyebarkan ilmunya di surau dan masjid. Bila dibayangkan semua ini, rasanya layakkah kita masuk syurga? Tapi kita mesti ingat tiada orang masuk syurga dengan amalannya tetapi dia masuk syurga kerana Rahmat dari Allah S.W.T.
13 Aug 2021
"CERITA ADAM DAN HAWA BERTEMU DI SYURGA..." | Gambaran Syurga EP5
Terciptanya Adam dan Hawa membuka mata kita tentang besarnya kuasa pencipta. Kenapa terciptanya Adam dan Hawa? Dan bagaimana ianya bermula?
6 Aug 2021
"BIDADARI SYURGA, SEPERTI APA RUPA MEREKA?..." | Gambaran Syurga EP4
Bagaimana rupa bidadari dalam syurga? Antara perhiasan ahli syurga ialah emas, perak, katil yang tinggi kedudukannya, minuman enak, malah juga bidadari. Cantiknya bidadari tidak ada tolok bandingnya dengan keindahan makhluk yang dapat dilihat di dunia.
30 Jul 2021
"NIKMAT PENGHUNI SYURGA..." | Gambaran Syurga EP3
Di syurga nanti akan dihidangkan dengan makanan-makanan terbaik yang lebih baik dari di dunia sebagai ganjaran. Di sana juga akan disediakan bilik dan sungai yang bermacam-macam. Ketika ingin meneguk kelezatan isi sungai itu, penghuni syurga tak perlu pergi ke taman untuk mengambilnya. Ketika hati berkehendak, sungai-sungai itu bisa mengalir dikamar-kamar penghuninya.
23 Jul 2021
"SYURGA ITU DI MANA?..." | Gambaran Syurga EP2
Gambaran Syurga membawa anda kepada satu dimensi yang berbeza. Kali ini cerita lebih lanjut tentang gambaran sebenar serta situasi di pintu gerbang syurga. Ada apa di sana? Siapa yang menunggu kita di sana nanti?
16 Jul 2021
"ADA APA DALAM SYURGA" | Gambaran Syurga EP1
Kepercayaan kepada alam akhirat merupakan salah satu perkara ghaib yang wajib diimani oleh setiap Muslim. Pada masa itu, setiap individu akan berhadapan dengan hari perhitungan bagi setiap amalan dan perbuatan yang dilakukan semasa di alam dunia lalu mendapat balasan, sama ada berbentuk ganjaran syurga ataupun penyiksaan di neraka.
15 Jul 2021
Gambaran Syurga Teaser
Podcast ini adalah kolaberasi bersama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Kisah anak syurga ini dihasilkan berdasarkan Buku Gambaran Syurga menurut Fakhr al-Din al-Razi yang meneliti gambaran syurga dengan huraian tentang persoalan berkaitan dengan nama-nama dan sifat-sifat syurga serta penghuninya.
Contact Gambaran Syurga - SYOK Podcast [BM]
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Gambaran Syurga - SYOK Podcast [BM]?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine