Selamat datang ke Gelecek! - podcast yang menyajikan anda dengan konten, info, dan perspektif menarik berkenaan dunia bolasepak. Jangan lupa untuk like and follow kami di Instagram dan Twitter!
Dalam episod kali ini, kami memperkenalkan konsep baru iaitu segmen #PerfectPlayer. Di segmen ini, kita akan cuba menolong pemain dan jurulatih bolasepak membina pemain idaman mereka berdasarkan lapan ciri-ciri berbeza - Heading, Left Foot, Right Foot, Tackling, Finishing, Pace, Vision, dan Leadership. Untuk episod ini, Syed Adney cuba membina Perfect Player beliau!
28 Apr 2020
#4 Dream XI Versi Liga Super 2020!
Dalam episod kali ini, Keesh, Dito & Nizam cuba membina kesebelasan paling mantap dari senarai pemain-pemain yang beraksi di Liga Super 2020. Cuma ada satu benda yang diorang kena consider - tak boleh pilih lebih dari satu pemain daripada setiap pasukan! Kongsikan kesebelasan korang bersama kami di Twitter & Instagram
22 Apr 2020
#3 Safiq Rahim vs Badhri Radzi?
Safiq Rahim or Badhri Radzi? Chopot atau Piya? Debat yang tidak pernah berakhir. Baru-baru ini, Datuk K. Rajagobal membuka akaun peribadi Twitter dan antara soalan yang ditanyakan kepada beliau adalah mengapa Safiq diberi kepercayaan untuk menyarung jersi skuad kebangsaan dan bukan Piya? Jawapan penuh, mengikut King Raja, perlu kita tunggu sehingga biografi beliau keluar. Tapi jawapan ringkas beliau? Sebab-sebab taktikal. Untuk Episod 3, Keesh membincangkan topik ini bersama Amin Faiz dan juga penulis Vocket FC, Misdianto Dito!
19 Apr 2020
#2 Covid19: Apa nak jadi dengan bola?
Impak Covid-19 terhadap bolasepak tidak boleh diperkecilkan. Menurut pelbagai laporan dari pakar-pakar industri di serata dunia, bolasepak sebagai sebuah sukan dan juga industri akan berubah selamanya. Apakah kita bakal melihat kematian kelab-kelab kecil di seluruh dunia? Bagaimana penyokong boleh memainkan peranan untuk menyelamatkan sukan ini? Wajarkah kita menunggu sehingga wabak Covid-19 dibendung secara menyeluruh, sebelum kita membenarkan bolasepak bersambung semula? Jangan lupa untuk follow kami di Instagram & Twitter!
17 Apr 2020
#1 Ultras, 31-0 & Bob Paisley - Jom Membaca!
Sementara korang duduk rumah dua minggu lagi untuk fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami kongsikan lima buku bolasepak yang boleh anda baca! Dari kisah American Samoa tewas 31-0 ke peranan Bob Paisley dalam mencetus revolusi Liverpool pada zaman 70-an dan juga impak Data Science terhadap bolasepak. Jangan lupa follow kami di Twitter & Instagram!
15 Apr 2020
Selamat Datang ke Gelecek! Podcast
Selamat datang ke Gelecek!
Kami cukup teruja untuk membawakan anda podcast bolasepak terbaru di Malaysia! Dengarkan episod pengenalan ini untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang aspirasi dan visi kami untuk podcast ini, dan apa yang boleh anda jangkakan dari episod-episod yang akan datang.
Jangan lupa basuh tangan guys! #StayAtHome
Contact Gelecek! Podcast
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Gelecek! Podcast?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine