How big of a role does gender play in our day-to-day lives?
Welcome to GOSSIP! KRYSS Network's very own podcast where alternative perspectives make sense. Join our monthly conversations as we unpack our local state of affairs with a gender lens, and of course, a dose of fun!
GOSSIP Ep 27: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) & Kos Sara Hidup bagi Wanita
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai wanita di Malaysia terus berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan asas harian. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif bantuan, tetapi sejauh mana ia benar-benar membantu golongan wanita, khususnya dari segi kestabilan kewangan dan kesejahteraan hidup?Episod ini membincangkan realiti sebenar yang dihadapi wanita; daripada perbelanjaan keperluan asas, tanggungjawab keluarga, hingga tekanan ekonomi yang semakin membebankan. Adakah bantuan seperti SARA mencukupi, atau masih banyak jurang yang perlu diatasi?Jom memahami isu kos sara hidup wanita dengan lebih mendalam, serta melihat bagaimana dasar dan bantuan semasa memberi kesan kepada kehidupan mereka.Nak tahu lebih lagi tentang perbincangan ni?Jom GOSSIP bersama Ameena! 🎧
10 Apr 2026
GOSSIP Ep 5: 1 Daripada 8 Wanita Dari Keluarga Berpendapatan Rendah Mengalami Kemiskinan Haid
Realiti yang jarang dibincangkan; di sebalik angka ini, ada kisah wanita yang terpaksa memilih antara keperluan asas dan penjagaan diri.Episod ini mengupas isu kemiskinan haid, kesannya terhadap kehidupan harian, dan mengapa ia perlu diberi perhatian sekarang.Nak tahu lebih tentang perbincangan ini? Jom GOSSIP bersama Hafiza 🎧*Statistik didapati dari Women, Family and Community Development Ministry.
10 Oct 2025
Ep 25: 5 Juta Rakyat Malaysia Hadapi Sakit Mental
Bila bincangkan tentang masalah sakit mental di Malaysia, ramai yang ingat beban ini hanyalah beban individu disebabkan masalah peribadi. Apa yang orang ramai tak sedar ialah kebanyakkan masalah yang dihadapi disebabkan oleh sistem sedia ada yang meletakkan tekanan terhadap individu.
Sebagai contoh, selepas bersalin, perempuan perlu jaga bayi, susukan bayi tanpa “support system” walaupun badan sendiri masih penat dan tak cukup tidur.
Suami pula perlu bekerja sebab tak diberikan cuti lama untuk bantu isteri di rumah.
Bila seseorang wanita itu mula menunjukkan tanda-tanda tekanan mental sebab tak dapat bantuan yang diperlukan dalam tempoh bersalin, senang-senang je wanita dipanggil “hilang akal”.
Dari sini, kita boleh nampak sistem sedia ada yang tidak rahmah sehingga boleh menyebabkan seseorang itu sakit mental.
Nak tahu lebih lagi tentang perbincangan ni?
Jom GOSSIP bersama Christine 🐝🎧
Reach and audience
Public platform figures. Ratings count people who left a rating, not total listeners.
Spotify
5.0 / 5
2 ratings
Contact GOSSIP
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of GOSSIP?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine