PODCAST.HASRIZAL.COM
๐
Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Kemenangan yang Lebih Besar daripada Demokrat dan Republikan
Tahniah kepada Dr Abdulrahman Mohamed El-Sayed, atau lebih dikenali sebagai Dr Abdul El-Sayed, atas kemenangan beliau dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat bagi negeri Michigan pada 3 November 2026.
Kemenangan ini cukup bersejarah. Beliau menjadi orang Islam pertama dipilih menganggotai Senat Amerika Syarikat, selepas menewaskan calon Republikan, Mike Rogers, dalam persaingan yang cukup sengit.
Namun, untuk memahami impak dan signifikannya keputusan pilihan raya ini, kita perlu terlebih dahulu memahami sistem politik Amerika Syarikat. Tanpa kefahaman tersebut, mudah untuk kita melihat kemenangan ini sekadar berita seorang calon Muslim berjaya menewaskan calon parti lawan.
Hakikatnya, jauh lebih besar daripada itu.
Kita mungkin tinggal jauh di Malaysia, Ireland atau Palestin, tetapi keputusan politik yang dibuat di Washington memberi kesan langsung kepada kehidupan kita. Dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia. Dasar cukai, pelaburan dan hubungan transatlantik pula memberi kesan kepada Ireland. Bagi Palestin, keputusan mengenai bantuan ketenteraan, penjualan senjata, pendirian diplomatik dan hubungan Amerika Syarikat dengan Israel membawa implikasi yang jauh lebih mendesak.
Justeru, pilihan raya Amerika Syarikat bukan sekadar urusan dalaman negara tersebut.
Artikel penuh di Substack: https://pendidikanjalanislah.substack.com/p/kemenangan-yang-lebih-besar-daripada
13 Sept 2026
Krisis Hubungan Manusia Dengan Apa itu Sebenarnya Sebuah Kebenaran
Petikan program webinar kekeluargaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah, membincangkan tentang kandungan buku IQRA'. Dapatkan buku berkenaan di https://belibukuiman.hasrizal.com (https://belibukuiman.hasrizal.com)
5 Feb 2026
Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0
๐ง๐ฆ๐จ๐ก๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐ข๐๐ข๐ก๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ง ๐ฎ
Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan suatu zaman di mana mata melihat sesuatu yang jelas, namun manusia diminta menafsirkan sebaliknya?
Inilah yang menakutkan saya apabila melihat senario yang sedang berlaku.
Ia bukan hal Amerika Syarikat semata-mata.
Apabila kita meneliti pendidikan, budaya, politik, dan media dalam sejarah masyarakat tersebut, kita akan nampak โramuanโ yang membawa kepada keadaan hari ini. Dan yang membimbangkan, ramuan yang sama turut dijamah oleh masyarakat kita, walaupun dalam bentuk dan kadar yang mungkin berbeza.
๐ด Baca artikel penuh di pendidikanjalanislah.substack.com (https://pendidikanjalanislah.substack.com/p/tsunami-pembohongan-di-era-djt-20)
#hasrizalabduljamil #iqra2026 #pendidikanjalanislah #pemikiran
Reach and audience
Public platform figures. Ratings count people who left a rating, not total listeners.
Spotify
4.9 / 5
96 ratings
Contact Hasrizal
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Questions about Hasrizal
Who hosts Hasrizal?
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil and Hasrizal host the show. Published by Hasrizal Abdul Jamil.
How often do new episodes come out?
The show publishes monthly, based on its RSS feed.
Does Hasrizal take guests?
Yes. Guests have been identified in episode analyses.
Host of Hasrizal?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine