‘Hikmah’, sebuah lagi podcast Bahasa Melayu dengan kandungan berunsur keagamaan dan spiritual, kali ini membawa para pendengar menyusuri musim ketiga. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel hello@syok.my atau WhatsApp 012-2494632.
"Sejarah hidup Asyikin tidak sama dengan adik-beradik lain, kerana semasa kecil, ibu dan ayah menyerahkannya ke bawah jagaan ibu saudara. Lalu Asyikin mendewasa dalam lautan dendam. Dendam kerana tidak dipelihara ibu bapa kandung. Malah dendam kerana tidak menikmati belaian dan kasih sayang yang sama. Silaturrahim yang renggang, mampukah bertaut kembali? Atau terputuskah ia hingga kiamat — kerana benci dan sakit hati? "
6 May 2022
Perempuan Ular | Hikmah Musim ke-3 EP7
Apakah perasaannya jika kita hidup bergelumang dengan memori pahit, kerana sepanjang alam persekolahan dipanggil ‘Ketua Murid Beruk’? Malah ibu kita digelar ‘Perempuan Ular’? Inilah yang dihadapi Nur Izzati, anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai pembersih Zoo Negeri. Status kerjaya Izzati tinggi melangit. Namun, sanggupkah dia mengaku asal-usul? Atau tergamakkah dia memadam sejarah bersama si ibu?
29 Apr 2022
Masa Yang Dipinjam | Hikmah Musim ke-3 EP6
Mardhiah, seorang gadis bercita-cita tinggi. Dengan sokongan keluarga, dia berjaya melanjutkan pengajian ke Negara Matahari Terbit. Perpisahan sementara itu meruntun jiwa ibunya. Namun, tidak banyak diminta si ibu — melainkan janji Mardhiah untuk menulis surat atau poskad kepadanya selalu. Namun kerana taasub dengan perlumbaan menuntut ilmu, Mardhiah tidak mahu diganggu, lantas dia mengenepikan si ibu. Sempatkah Mardhiah membayar semula hutang masa yang telah dipinjamkan kepadanya?
Contact Hikmah - SYOK Podcast [BM]
Guest appearances
Does not typically book guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Hikmah - SYOK Podcast [BM]?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine