Korang anak ke berapa? atau korang ada berapa anak? karekter mereka sama atau berbeza2? haaaaaa kami kongsikan topik karekter anak ikut giliran. yg pertama mcm mana, yg kedua mcm mana, ya ketiga seterusnya hingga yg ke enam. korang anak ke berapa?
Find us :
Instagram (https://www.instagram.com/kelambusessions/)
Facebook (https://www.facebook.com/pengasasiflawless)
27 Oct 2020
Rindunya bercuti
Bestnya dapat keluar negara bercuti dengan family. Rindunya bercuti, main salji, makan makanan yang sedap, oh my godddd! Kami bercerita pengalaman kami bercuti ke 2 buah negara yang pernah kami pergi; Turki & Australia. Kongsi sikit pengalaman bercuti & mengimbau moment2 yang best masa bercuti.
25 Oct 2020
Darurat oh Darurat
Bersama tetamu kami, CEO of The Patriots Asia, En Aqram membincangkan tentang isu hangat di Malaysia ketika musim Covid-19; DARURAT. Apa yang marhaen perlu faham tentang Darurat? Berat sangat ke isu ni utk kita sama-sama faham JIKA diisytiharkan? Apa implikasi kepada Ekonomi 'Keluarga' kita? Jom dengar sembang santai kami.
Cari kami di:
Instagram (https://www.instagram.com/kelambusessions/)
Facebook (https://www.facebook.com/100000975590134/videos/4717339304975209/)
23 Oct 2020
#WFH Apa preparations korang?
Kami sembang pasal apa preparation untuk WFH mula-mula. But then kita share pasal pengalaman kerja dengan seorang Professor yang mengubah hidup kami seperti kami yang sekarang. Lepas tu kami cerita tentang keberkatan kerja, walaupun korang kerja kat rumah!!! Then kami sembang sikit macam mana nak manage masa kalau kerja di rumah.
Follow kami di:
Instagram
Facebook
23 Oct 2020
Diet ikut jenis darah
Hai! selamat datang ke season 2 Kelambu session!!! Kali ni kami lebih santai utk sampaikan & kongsikan info & pengalaman kami sebagai sepasang suami & isteri. Episode kali ni kami bercerita tentang cara diet ikut jenis darah! haaaa ada makanan yang kita digalakkan makan, ada makanan yang kita tak digalakkan makan based on jenis darah kita.
Follow kami di :
Instagram
Facebook
9 Jun 2020
Kukuhkan kewangan selepas berkahwin
Kali ni kami bersembang pasal apa tips yang kami amalkan untuk uruskan kewangan selepas berkahwin. Yup start dari tahun pertama perkahwinan kami. Sesuai untuk korang yang bakal berkahwin atau dah berkahwin dan sedang hadapi masalah urus kewangan.
22 May 2020
Didik anak puasa penuh seawal 6 tahun
Ada tetamu khas guys! Arman dijemput utk share pengalaman puasa penuh sejak dari umur 6 tahun.
Nak tengok versi video? KLik sini : https://youtu.be/zdJ6PDV_XXo
6 May 2020
Isu Vivy Yusof dikecam sebab ‘design’ tudung
Dalam episode ini kami kupas dan bahaskan tentang betul atau salah vivy yusof meniru design tudung?
Jom, dengar sampai habis. Semoga perkongsian ini beri manfaat kepada korang semua agar kita tidak membabi buta menilai sesuatu perkara.
Korang boleh tinggalkan pendapat / idea / bantahan & apa saja yang korang nak di email kami : hellothehoneybeeshow@gmail.com.
Atau kalau korang ada idea tentang topik isu rumahtangga / isu terkini yang patut kami bincangkan, tinggalkan kami email di : hellothehoneybeeshow@gmail.com
24 Apr 2020
Ep 7 : Aktiviti Ramadhan Bersama Keluarga Musim PKP
Dalam episod kali ni, kami kongsikan dengan korang apa pengalaman kami menyambut Ramadhan setiap tahun. Dan yang penting ialah apa sebenarnya aktiviti yang biasa kami buat bersama-sama dan individu. Mungkin perkongsian ini akan menjadi pelengkap untuk korang cari idea nak buat apa ketika bualan Ramadhan dalam sesi PKP/MCO ni.
Jom, tengok sampai habis. Semoga perkongsian ini beri manfaat kepada korang sekeluarga.
Korang boleh tinggalkan pendapat / idea / bantahan & apa saja yang korang nak di ruang komen di bawah.
Atau kalau korang ada idea tentang topik isu rumahtangga yang patut kami bincangkan, tinggalkan komen di bawah.
Tonton kami di Youtube : https://youtu.be/Seq4Pub0qeA
11 Apr 2020
Ep 6 : Aktiviti Sepanjang Tempoh PKP #stayhome #staysafe
Episode kali ni kami kongsikan apa aktivit yang best korang boelh cuba di rumah sepanjang tempoh PKP ni. Takde yang pelik2. Jangan risau takde aktiviti2 palik pun. Hahahaa
Jom, dengar sampai habis. Semoga perkongsian ini beri manfaat kepada korang yang sedang bosan di rumah.
Korang boleh tinggalkan pendapat / idea / bantahan & apa saja yang korang nak Atau kalau korang ada idea tentang topik isu rumahtangga yang patut kami bincangkan, email kami : hellothehoneybeeshow@gmail.com
18 Mar 2020
Ep 5 : Umrah DIY Sebelum Isu COVID19 Di Saudi
Ep5 Kami kongsikan pengalaman kami menunaikan ibadah Umrah secara DIY pada penghujung Feb 2020. Ya, sebelum kerajaan Saudi mengumumkan penutupan kemasukan jemaah dari luar untuk tunaikan ibadah Umrah. Ini kali pertama kami tunaikan ibadah umrah secara DIY. Ya, memang ada rasa takut-takut, tapi disebabkan 1 insiden, kami YAKIN yang kami mampu tunaikan ibadah ini berdua sahaja!
Kami kongsikan juga aktiviti yang kami lakukan di Madinah & Makkah sepanjang 10hari di sana. & of coz, perkara penting yang korang mesti nak tahu ialah KOS keseluruhan perbelanjaan kami.
Jom, dengar sampai habis. Semoga perkongsian ini beri manfaat kepada korang yang sedang mencari keyakinan untuk tunaikan ibadah Umrah secara DIY.
Korang boleh tinggalkan pendapat / idea / bantahan & apa saja yang korang nak Atau kalau korang ada idea tentang topik isu rumahtangga yang patut kami bincangkan, email kami : hellothehoneybeeshow@gmail.com
16 Feb 2020
Ep 4 : Jom Dating
Ep 4 Membincang tentang ‘Jom Dating’. Dating ialah aktiviti yang hampir semua couple lalui sebelum berkahwin. Namun, kebanyakan couple tidak meneruskan aktiviti ini selepas berkahwin. Ada yang memberi alasan sibuk dengan komitmen (kerja/ jaga anak). Ada juga beri alasan tak perlu dah nak dating2 ni sebab dah hari-hari jumpa kat rumah. PERLU ke dating selepas kahwin ni? Apa definasi dating? Apa aktiviti dating selepas kahwin? Jom dengarkan episode kali ni.
7 Feb 2020
Ep 3 : Bukan Menantu Pilihan
Ep 3 membincangkan tentang 'Bukan Menantu Pilihan'. Dalam episode ni, 3 persoalan utama dibahaskan iaitu; macam mana nak tahu kita bukan menantu pilihan, apa yang perlu kita buat untuk jadi menantu pilihan dan apa yang akan berlaku jika kita bukan menantu pilihan.
Agak-agak korang jatuh dalam kategori menantu pilihan atau BUKAN menantu pilihan? Jom dengar Episode ni.
Korang boleh tinggalkan pendapat / idea / bantahan & apa saja yang korang nak di hellothehoneybeeshow@gmail.com
6 Feb 2020
Ep 2 : Jangan Sorok Password!
Guys, Ep2 membincangkan tentang 'Password'. Perlu ke sorok password atau kita kongsi password dengan pasangan kita? Password handphone, password akaun social media, dan password laptop? Selamat mendengar & menilai untuk kebaikan uguys. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada : hellothehoneybeeshow@gmail.com
Contact Kelambu Sessions
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Kelambu Sessions?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine