Kepoh Nau, Kecoh Nau, Lorat Nau? haa mana-mana je la ya!
Layan je dulu podcast Kepoh Now ni, ada sembang santai-santai,
teka-teki dan juga sesi hati ke hati gituuu. Jom layan 'Kepoh Now' dengan Rai, Amir Ise, Sonny dan Bubu.
Peluang, 'Trendsetter' & Kemanusiaan - Zainal Rashid Ahmad | Kepoh Now 12
Peluang yang tak disia-disiakan, melakukan sesuatu yang belum dibuat & kemanusiaan - Itu antara yang disembangkan dalam episod kali ini.
Dengarkan kisah ZRA yang penuh inspirasi hanya di Podcast Kepoh Now!
Tonton sampai habis untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman hidup Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad.
18 Aug 2024
Masuk Lokap, Baca Bawah Lampu di KL & Hidup Tanpa Prejudis - Zainal Rashid Ahmad | Kepoh Now 11
ZRA pernah masuk lokap? Antara yang 'rare' mencari cahaya untuk membaca buku waktu malam di Kuala Lumpur.
Dengarkan kisah perjalanan ZRA yang penuh inspirasi hanya di Podcast Kepoh Now!Tonton sampai habis 'Part 03' ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman hidup Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad.
Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧
#inspirasi #podcast #kepohnow #kepochi #motivasihidup #kehidupan #kebahagiaan#ZraStrim #TuanHajiZainal #KisahInspirasi #SuratCinta #Kampung #PengalamanHidup #KualaLumpur
11 Aug 2024
'Culture Shock' di Chow Kit Lebih Keras- Zainal Rashid Ahmad | Kepoh Now 10
Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad dari Zra Strim berkongsi pengalaman hidup yang penuh dengan cabaran dan kekentalan. Dari bekerja di Pasar Pekan Rabu semasa bersekolah, merantau ke Chow Kit, Kuala Lumpur hingga bekerja di sana. ZRA juga menceritakan pengalamannya mengenali dunia seni di Pasar Seni sebelum menyambung pelajaran ke universiti.
Dengarkan kisah perjalanan ZRA yang penuh inspirasi hanya di Podcast Kepoh Now!
Tonton sampai habis 'Part 02' ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman hidup Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad.
Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧
#inspirasi #podcast #kepohnow #kepochi #motivasihidup #kehidupan #kebahagiaan#ZraStrim #TuanHajiZainal #KisahInspirasi #SuratCinta #Kampung #PengalamanHidup #KualaLumpur
4 Aug 2024
'Monetize' dengan tulis surat cinta! - Zainal Rashid Ahmad | KEPOH NOW 09
Ambil upah tulis surat cinta, baca surat khabar untuk orang kampung antara memori 'best' ZRA membesar yang tak akan boleh dilupakannya.
Kepoh Now! berpeluang bersembang dengan Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad dari Zra Strim. Dengarkan kisah menarik beliau membesar di kampung, dengan pengalaman mencuit hati seperti mengambil upah menulis surat cinta dan membaca surat khabar untuk orang kampung. Beliau juga berkongsi perjalanan hidupnya sebelum merantau ke Kuala Lumpur.
Tonton sampai habis 'Part 01' ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman hidup Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad.
Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧
#inspirasi #podcast #kepohnow #kepochi #motivasihidup #kehidupan #kebahagiaan#ZraStrim #TuanHajiZainal #KisahInspirasi #SuratCinta #Kampung #PengalamanHidup #KualaLumpur
15 Jul 2024
Enjoy The Show! - Atoi Artisera Bakery | KEPOH NOW 08
Yup, "Enjoy The Show" pesan Atoi bila mana ditanya mengenai cabaran hidup. Kali ini, kami mengupas kisah inspirasi Aizulhazriq Fuad, atau 'Atoi', yang mengusahakan Artesera Bakery di Melaka selepas PKP. Meninggalkan kerjayanya di Singapura, Atoi merantau ke Melaka dan menyewa rumah kedai di Taman Tasik Utama. Dia memulakan perniagaan roti dan pastri, menjualnya menggunakan basikal roda tiga sebelum menjual terus di depan tempat sewanya.
Dengarkan perjalanan Atoi, cabaran yang dihadapi, dan bagaimana beliau berjaya menghasilkan kira-kira 200 pastri setiap hari.
Jangan ketinggalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejayaan Artesera Bakery hanya di Podcast Kepoh Now!
Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧 #inspirasi #podcast #kepohnow #kepochi #motivasihidup #kehidupan #kebahagiaan #Inspirasi
16 Jun 2024
Komando Jadi Jutawan! | Kepoh Now 07
Menjadi jutawan memang menjadi impian kebanyakan orang kan?
Ini perkongsian kisah Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie, Pengasas Fazil Group dari Komando menjadi jutawan! Apakah rahsia dan tipsnya?
Jom kita dengar cerita-cerita 'best' beliau. Mana tau kita juga boleh menjadi jutawan!
3 Jun 2024
Mandi 5 minit je, jimat air! | KEPOH NOW 05
Air—sumber kehidupan yang tidak ternilai. Mandi tak perlu lama-lama, 5 minit dah cukup praktikal untuk mengurangkan pembaziran air.
Kepoh Now bersama Dato' Ir. Rozman Mohamad, Pengarah Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia membincangkan bagaimana untuk memahami kesan kekurangan air terhadap alam sekitar, dan bagaimana kita semua boleh memainkan peranan penting dalam menjaga sumber ini untuk generasi akan datang.
Jom sertai kami dalam perjalanan menuju masa depan yang lebih lestari. Bersama-sama, kita boleh mencipta perubahan dan memastikan setiap titisan air dimanfaatkan sebaik mungkin.
Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧
#PodcastKesedaranAir #JagaAlamSekitar #SetiapTitisanBerharga #KurangkanPembaziran #MasaDepanLestari
25 May 2024
Cerita pasal 'Kemurungan' takkan nak gelak-gelak? - Abg Gee | KEPOH NOW 06
Jangan biarkan kemurungan merampas kegembiraan dan kebahagiaan anda! Kepoh Now kali ni sembang-sembang dengan Abg Gee pasal isu yang jarang dibicarakan - kemurungan. Ya lah, kajian menunjukkan sejuta rakyat Malaysia mengalami kemurungan!
Jom kita dengar pengalaman dan pendapat Abg Gee tentang isu kemurungan ni. Bersama-sama, kita boleh mencari jalan keluar dari kegelapan. InsyaAllah ada harapan baru.
Tonton dan dengar KepohNow di Youtube, Spotify & Apple Podcasts 🎧
#Kemurungan #depresion #kepohnow #kepochi #podcast #motivasihidup #kehidupan #kebahagiaan
9 May 2024
Lelaki Perempuan TAK BOLEH jadi “BEST FRIEND”? | Kepoh Now 04
Lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? Apakah hakikat sebenar di sebalik mitos / realiti ini? Wujudkah persahabatan tanpa sempadan?
Jom sembang dengan Sonny & Bubu tentang realiti persahabatan, pengalaman sebenar, inspirasi dan ubah persepsi macam mana untuk menghargai persahabatan.
Layan KepohNow episod kali ini! 🎧
#SahabatTanpaSempadan #inspirasi #kepohnow #kepochi #podcast #motivasihidup #persahabatan #relationship
7 Apr 2024
Pontianak Masuk Studio! | Kepoh Now 03
Seram, menakutkan? Oh tidak... Pontianak ni pontianak yang menghiburkan orang ramai dengan melawak dan menyanyi. Inilah dia Ponti Jiibam Melaka. Bukan mudah jadi penghibur jalalan sebenanrnya.
Jom layan cerita suka duka Ponti Jibam dalam KepohNow bersama Sonny dan Rai.
Hanya di :
www.mykepochi.com
Youtube Kepochi
Spotify & Apple Podcast Kepoh Now
#PontiJibam#inspirasi#kepohnow#kepochi
#pontianak
31 Mar 2024
Dak Nor Viral, Realiti, Inspirasi & YB Duyong? | Kepoh Now 02
Apa kisah pesakit mental kini Tiktokers, Dak Nor dari kerja bagus-bagus, sampailah disahkan mengalami masalah mental dan terpaksa jual roti.
Yang peliknya, dengan keadaan dia yang serba kekurangan pun sempat bantu orang lain. Kita yang normal ini betul-betul normal ke?
Dan apakah peranan YB Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam kehidupan Dak Nor?
Saksikan pendedahan Dak Nor dalam KepohNow bersama Sonny dan Amir Ise.
Hanya di :
www.mykepochi.com
Youtube Kepochi
Spotify & Apple Podcast Kepoh Now
#DakNor#inspirasi#kepohnow
23 Mar 2024
Teka Teki Sempoi, Dari Hati Ke Hati & Loghat Orang Melaka | Kepoh Now 01
Apa yang 'Kecoh Now' Rai, Amir dengan Sonny ni?
Rai tak habis-habis menyakat dak Amir, Amir pula beghaok betul kalau menyembang, Sonny dah kenapa tiba-tiba deep?
Saksikan keletah mereka dalam #podcast audio siar Kecoh Now di :
www.mykepochi.com
Youtube & Spotify Kepochi
Reach and audience
Public platform figures. Ratings count people who left a rating, not total listeners.
Spotify
5.0 / 5
2 ratings
Host of Kepoh Now!?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine