Baru-baru ini kecoh di Twitterjaya apabila salah seorang di kalangan penghuninya mempersoalkan status Nasi Lemak sebagai makanan kebangsaan Malaysia. Mut, Ken & Koy berdiskusi & berdebat tentang rasional pemerintah memiliknegarakan makanan harian rakyat seperti Nasi Lemak sebagai satu "identiti kebangsaan" Malaysia.
Episod ini dirakam pada 17-9-2021
25 Sept 2021
005b. Membelasah MUDA bhg ii
Dalam bahagian kedua episod "Membelasah MUDA" Mut & Koy menyambung diskusi tentang gerakan Parti MUDA serta kedudukan & peranannya di dalam dunia kepolitikan Malaysia secara amnya.
22 Sept 2021
005a. Membelasah MUDA - bhg i
Minggu ini kami menjemput Dr Ken & Mad Koy ke besmen duduk berdiskusi bersama Mut untuk mengupas & mengkritik perkembangan gerakan Parti MUDA di dalam edisi khas podcast kami bersempena setahun MUDA tak berdaftar.
15 Sept 2021
004. Lompat Politikus Lompat
Minggu ini kami membawa Dr Ken ke Besmen untuk berdiskusi tentang budaya lompat parti di kalangan ahli politik di negara kita & mengupas fenomena tersebut serta menilai kaitan & impaknya kepada kesejahteraan sistem politik negara secara amnya.
8 Sept 2021
003. "Betul ke nak buka sekolah ni?"
Wajarkah pagar sekolah dibuka semula di kala pandemik Covid-19 masih lagi mencengkam norma kehidupan masyarakat di negara ini? Apakah kesannya terhadap semua pihak yang terlibat terutamanya ibu-bapa, guru-guru & murid-murid itu sendiri? Di manakah kedudukan Kementerian di dalam hal guru-guru & pekerja sekolah yang masih gagal/enggan untuk mendapatkan vaksin sepenuhnya? Mut, Zamir & Hadi bersembang & mengupas serba sedikit tentang komplikasi polemik ini di dalam episod kami yang terkini.
1 Sept 2021
002. Kenapa rakyat tak kibar Jalur Gemilang waktu bulan Merdeka?
Mengapa semangat meraikan hari Merdeka semakin berkurangan di kalangan rakyat Malaysia? Mengapa kita semakin kurang bersemangat mahu mengibarkan Jalur Gemilang bersempena sambutan kemerdekaan negara kita? Ini antara persoalan yang cuba di bawa Mut ke meja diskusi bersama ZF Zamir di dalam episod kedua podcast kami.
1 Sept 2021
001. Pengenalan / #Lawan
Di dalam episod pertama ini, Mutalib & ZF Zamir berkomentar & berdiskusi tentang perkembangan politik Malaysia terkini seputar perlantikan PM ke-9 Malaysia & kabinet baru beliau, serta membicarakan peranan pemain-pemain politik seperti Umno, Pas, PH & kolektif aktivis #Lawan di dalam mewarnai senario politik tersebut.
Contact Komplot Besmen Podcast
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Komplot Besmen Podcast?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine