Podcast dari Malaysia tentang pembikinan kandungan digital - podcasting, videography, musik, kewartawanan dan banyak lagi!
Kondenser adalah podcast yang diterbitkan oleh laman podkast.my!
Episod khas ini menumpukan kepada penyampaian pembelajaran dalam norma baharu. Apakah cikgu dan pensyarah boleh mengajar di hadapan kamera dengan mudah?
Kondenser mendengar pandangan guru-guru dan pensyarah universiti dalam mengajar di hadapan laptop/camera semasa PKP, dan juga mendengar pendapat pakar pembelajaran digital dan futuristik - Dr. Helmi Norman, dari Pusat Pengajaran dan Pembangunan Korikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Episod ini dirakam pada 23hb Februari 2021
18 Feb 2021
VODCAST, CLUBHOUSE, PENERBIT JENAKA KAMPUNG KALUT
Episod ke-sebelas Kondenser kali ini melihat kepada penerbitan podcast dalam bentuk visual ataupun ‘Vodcast”. Kami kongsikan antara kelebihan dan kekurangan Vodcast. Anda pasti tahu sitcom Jenaka Kampung Kalut? Kami menjemput Penerbit TV dan radio berpengalaman, Haizren Mohd Esa sebagai tetamu untuk episod kali ini.
4 Feb 2021
AUDIO MIXING, PdPR DAN SHARON WEE
Episod kesepuluh Kondenser melihat kepada aspek-aspek mixing. Kami senaraikan 5 perkara yang perlu anda titikberatkan apabila menyunting episod anda menggunakan DAW.
Seterusnya, kami menjawab soalan daripada Cikgu Ida yang bertanyakan soalan tentang cara-cara menggunakan podkast dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ingin menjadi hos rancangan TV atau podkast, tetapi tidak ada latar belakang media? Dengar temuramah kami bersama Sharon Wee, bekas pemain skuasy negara!
Sharon menceritakan perjalanannya dari seorang atlit kebangsaan kepada pengamal media dan hos di Astro Arena. Apa lagi yang Sharon terajui sekarang?
28 Jan 2021
PERANCANGAN PODKAST & DR. KHOR SWEE KHENG
Dalam episod ke-9 Kondenser, kami menemuramah pakar sistem kesihatan ternama, Dr. Khor Swee Kheng. Kami juga berbincang mengenai cara merancang podkast anda. Segmen berita kali mendalami sejarah podkast pertama pada awal abad ini.
21 Jan 2021
TEKNIK EQUALISATION, KEVIN BARNABY ARTIS SUARA LATAR
Kondenser bercakap mengenai teknik asas dalam membuat "Equalisation", berfokuskan kepada suntingan suara di dalam podkast. Akhir sekali, kami bersembang dengan Kevin Barnaby, artis suara latar yang anda mungkin pernah dengar dalam iklan dan juga filem animasi terkenal. Kevin memberi tips-tips untuk membuat "voiceover", dan bagaimana anda boleh meningkatkan mutu suara anda!
14 Jan 2021
Setup Rakaman semasa PKP, Pengalaman Luqman membuat liputan PRU14
Bagaimana merakam semasa PKP? Kami kongsikan setup kami dalam episod yang dirakam pada hari pertama PKP 2.0. Luqman Hariz menceritakan pengalamannya membuat liputan semasa pilihanraya umum (PRU) pada tahun 2018.
7 Jan 2021
"Hosting Tips" daripada pengacara ternama, dan perjalanan Izwan Azir sebagai pengamal media
Kondenser mempersembahkan tips untuk menjadi hos yang mantap, daripada Vimala Verasamy (RTM), Raza Syazani (TV3), Izwan Azir (Kool FM), Luqman Hariz (Astro Awani) dan Anna Zulkifli (Bernama TV). Kami juga menjawab soalan pendengar mengenai penggunaan audio dalam pembelajaran sains, dan juga berbual dengan Izwan Azir mengenai sejarah perjalanan dari TV3, menjadi setiausaha akhbar menteri hingga menjadi pengacara radio Kool FM.
31 Dec 2020
Audio Monitoring, Fify dan Hydar dari podkast Malam Jumaat
Fify dan Hydar dari podcast Malam Jumaat berada di studio kali ini! Kami juga menyentuh tentang headphone sesuai dan teknik memantau audio.
24 Dec 2020
Digital Audio Workstation, Podkast dari Malaysia, Seek to Speak
Apa itu Digital Audio Workstation (DAW) dan bagaimana ia membantu produksi anda? Kami juga bersembang dengan Ain Aissa dari podkast Seek to Speak mengenai pengucapan awam, dan cabaran sebagai pembikin podkast.
17 Dec 2020
Mixer kami, Podkast dalam Pembelajaran, dan bersama Hezeri Samsuri
Dalam episod ini, kami mengulas tentang "mixer" yang digunakan di Kondenser. Berita minggu ini melihat bagaimana podkast boleh digunakan di dalam pendidikan, dan kita bersembang dengan pengarang urusan Careta.my, Hezeri Samsuri.
10 Dec 2020
Pilihan Mikrofon, Spotify menakluk dunia dan Debat Maya terbesar Asia
Episod kedua menyambung cara setup podkast anda dengan membandingkan pelbagai jenis mikrofon yang kami ada. Berita tentang teknologi Spotify, dan juga wawancara bersama Emilia Sharif, CEO MIDP tentang debat maya terbesar di Asia!
3 Dec 2020
Setup Bilik Rakaman, Darth Vader Dan Luqman Hariz
Akhirnya, episod pertama podkast terbitan laman web dari Malaysia - Podkast.my, Kondenser ke udara di platform kegemaran anda.
Hos Irzal Kamal dan Akashah Azri mengupas perkara penting dalam menyediakan bilik rakaman (episod ini dirakam dalam bilik mesyuarat), dan menemuramah pemberita Astro Awani, Luqman Hariz.
Segmen berita melihat kepada statistik podkast di dunia, dan juga cerita menarik tentang pelakon yang membawa watak Darth Vader, Dave Prowse.
27 Nov 2020
Sneak Peek - Apa dalam Episod 1?
Team kami semua tanya, apa dalam episod 1? Kami tak mahu beritahu, tapi terpaksa bagi sikit......
4 Nov 2020
Kondenser Trailer - Episod Pertama 3 Disember 2020!
Dengarkan trailer bagi podkast baharu mengenai pembikinan kandungan digital dan banyak lagi!
Contact Kondenser
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Kondenser?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine