Sebuah laman konfesi yang memaparkan kisah sisi gelap dalam masyarakat. Kisah yang diterbitkan adalah berdasarkan kisah benar yang disampaikan bertujuan sebagai memberi iktibar dan juga pengajaran buat kita semua.
memaparkan sebuah kisah yang diadaptasi daripada kisah benar seorang wanita bernama Maria.
Maria adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Lahir dalam keluarga yang sederhana tetapi bahagia. Namun, semua itu berubah setelah kematian ayah Maria. Maria dianggap sebagai pembawa malang dalam keluarga.
Bermula dari situ, Maria disisihkan oleh ibunya sendiri. Walaupun begitu, Maria tidak pernah berputus asa untuk mengejar cinta dan kasih daripada ibu kandungnya sendiri.
Dapatkah Maria meraih kasih dan sayang dari ibunya itu?
12 Jan 2024
KIFARAH SANG JUTAWAN (Bhg 2)
Apa yang jadi kepada Hafifi selepas dia terperangkap di satu ruang yang dia sendiri tidak tahu di mana? Dapatkah dia melepaskan diri? Siapa lelaki dan perempuan tua bersama seorang pemuda yang datang ke rumah Hafifi? Semuanya akan terjawab malam ini dalam KIFARAH SANG JUTAWAN Bhg 2.
12 Jan 2024
KIFARAH SANG JUTAWAN (Bhg I)
Malam ini Konfesi Remang sekali lagi akan memaparkan sebuah kisah konfesi sisi gelap masyarakat. Kali ini kisah tentang Hafifi seorang usahawan dan jutawan muda yang sangat berjaya.
Dia mengaut keuntungan dengan kelebihannya sebagai seorang PR dan melakukan apa cara sekalipun tak kira halal atau haram asalkan tujuannya tercapai.
22 Dec 2023
Aku Bukan Dayus!
Azrif dan Miya adalah pasangan suami isteri. Mereka sepasang kekasih yang telah menjalinkan hubungan sejak dari bangku sekolah.
Perkahwinan baik-baik sahaja sehingga mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Zafran. Namun, rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak.
Azrif dan Miya diuji dengan masalah kewangan yang sangat kronik selepas Azrif direntikan kerja sebagai Penyelia Kilang. Miya seakan tidak dapat menerima hakikat yang suaminya Azrif tak mampu lagi memberikan kemewahan seperti sebelum ini.
Terjadi banyak konflik dalam kehidupan rumah tangga mereka selepas itu.
Apa yang akan terjadi kepada mereka? Mampukah Azrif dan Miya menghadapi ujian dalam perkahwinan mereka?
22 Dec 2023
Dibuli Jelmaan Sendiri
Azmi atau lebih dikenali sebagai Soga The Great adalah salah senior di sebuah sekolah berasrama yang sangat digeruni oleh semua pelajar disebabkan oleh sikap taikonya. Dia seorang pembuli tegar.
Tiada siapa yang dapat menghalang apa yang dia ingin lakukan. Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang junior tingkatan 2 baru melapor diri ke asrama. Budaknya lurus dan penurut lalu diberi nama samaran sebagai Kublai.
Soga dan rakan-rakannya seronok membuli Kublai. Sampailah pada suatu hari, kejadian yang tak diingini berlaku. Soga dan rakan-rakannya diganggu dengan gangguan mistik sehingga menyebabkan mereka sangat ketakutan.
Contact KONFESI REMANG
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of KONFESI REMANG?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine