’Kultura” yang diambil dari bahasa Poland yang bermaksud ’Culture”, podcast yang membincangkan hal politik, sejarah, reviu buku dan ideologi terutamanya di Malaysia.
Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) merupakan sekolah agama rakyat di Tunjung, Perlis. Dengan sistem pendidikan berteraskan tarbiyah Islam, MATRI telah mengeluarkan ribuan pelajar yang berkhidmat di pelbagai lapangan di seluruh negara.
Sempena Ramadhan kali ini Syed Ahmad Fathi akan mengimbau memori bulan Ramadhan di MATRI bersama Ahmad Yusuf Razali, Muhammad Saiful Islam Izra'ai, dan Muhd Ridha. Podcast perihal nostalgia Ramadhan di MATRI ini merupakan kerjasama antara MATRI dan Kultura Podcast sempena peluncuran Tabung Sejuta Barakah MATRI.
2 Mar 2025
Kultura Podcast #64 - "Trump Effect" & Pelan kerajaan Malaysia yang mengarut
Pada Januari lalu, Donald Trump telah dilantik menjadi Presiden untuk Amerika Syarikat buat kali yang ke-2. Sejurus kembalinya beliau ke Rumah Putih (White House), beliau telah membuat dan menggubal beberapa dasar kerajaan yang bersifat agresif.
Pada episod kali ini, kami akan membincangkan kesan Trump kepada ekonomi, cadangan caj kesesakan oleh kementerian Malaysia dan isu kuota sekolah berasrama penuh.
9 Feb 2025
Kultura Podcast #63 : Pengalaman mendengar syarahan Naquib al-Attas
Beberapa minggu lepas, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan syarahan perdana beliau yang bertajuk "Islam: The Covenants Fulfilled". Majlis telah berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ratusan intelektual dari dalam dan luar negara, termasuk pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia.
Syed Ahmad Fathi juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut dan memuat naik sebuah kupasan yang bertajuk "Naquib al-Attas: Kritikan, Penaglaman dan Syarahan" di laman web Academia. Namun kupasan beliau itu mengundang kritikan dari sesetengah pihak.
Pada episod kali ini, beliau akan memperjelas tentang kupasan itu dan menjawab persoalan yang dilontarkan.
Reach and audience
Public platform figures. Ratings count people who left a rating, not total listeners.
Spotify
5.0 / 5
2 ratings
Host of Kultura Podcast?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine