Ramadan adalah bulan suci yang sering dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Oleh kerana Ramadan disebut di dalam Al-Quran dan terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadan maka ia mendapat gelaran sebagai Penghulu sekalian bulan. Di bulan inilah adanya ibadah puasa selama sebulan penuh. Ikuti perkongsian istimewa bersempena bulan Ramadan bersama Ustaz pilihan di SYOK Lembaran Ramadan.
10 Malam Terakhir Bulan Ramadan dan Etika Aidilfitri | Lembaran Ramadan EP8
"Nabi Muhammad SAW ketika memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan memilih fokus beribadah, mengisi malamnya dengan ibadah, dan membangunkan keluarganya untuk ikut beribadah," (HR Bukhari). Kemenangan Ramadan pula akan diraikan pada 1 Syawal dalam perayaan Aidilfitri. Etika dan adab perayaan harus dititikberatkan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
8 May 2021
Fungsi Masjid Di Bulan Ramadan | Lembaran Ramadan EP7
Masjid sering disebut masyarakat sebagai rumah Allah s.w.t yang berfungsi untuk menunaikan ibadah solat bagi umat muslim. Tempat ibadah umat muslim ini, juga sering dimanfaatkan untuk proses belajar mengajar pendidikan Al Quran atau Ngaji. Masjid dinilai memiliki peranan yang begitu penting terutamanya dalam bulan Ramadan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
7 May 2021
Fadhilat Ramadan – Rahsia Lailatul Qadar | Lembaran Ramadan EP6
Saidina Ubadah bin Somit R.A telah bertanya kepada Nabi S.A.W tentang Lailatul Qadar. Lalu Baginda S.A.W bersabda: “Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramdan pada sepuluh malam yang akhir. Sesungguhnya Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir daripada bulan Ramadan. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Azmarul Husnika dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
6 May 2021
Zakat Bererti Bersih dan Suci, Apa Hikmahnya | Lembaran Ramadan EP5
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
4 May 2021
Ciri-Ciri Orang Bertaqwa | Lembaran Ramadan EP4
Allah s.w.t memerintahkan setiap manusia untuk bertakwa setiap masa. Bukan mudah untuk menjadi orang yang bertakwa kerana sifat ni menuntut seseorang itu untuk mengosongkan hati daripada sesuatu yang melalaikan dan memenuhkan hati itu dengan penyaksian kepada Allah s.w.t. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Termizi (Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra Putrajaya) dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
30 Apr 2021
Peranan Masjid dan Hubungan Kemasyarakatan | Lembaran Ramadan EP3
Jawatankuasa masjid dan jemaah adalah saling memerlukan di antara satu sama lain. Peranan masjid yang diketuai imam memberi impak yang penting terhadap kehidupan masyarakat sekeliling. Adakah masyarakat kita juga sedar mengenai peranan masjid dalam kehidupan harian mereka? Ikuti perkongsian bersama Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said dalam SYOKcast istimewa Lembaran Ramadan.
27 Apr 2021
Fadhilat Ramadan (Hadis Terpilih) - Kecelakaan Jika Tidak Diampuni Dalam Bulan Ramadan | Lembaran Ramadan EP2
Kecelakaan jika tidak diampuni dalam bulan Ramadan berdasarkan hadis sahih mampu menjadi panduan kepada kita dalam menyempurkan ibadah puasa. Tazkirah ringkas ini mampu memberi kita panduan dan pengajaran dalam menjalani ibadah puasa yang sempurna. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Azmarul Husnika dalam SYOKcast istimewa Lebaran Ramadan.
21 Apr 2021
Adab-adab Berpuasa Sepanjang Bulan Ramadan | Lembaran Ramadan EP1
Sebagai seorang Muslim, setiap ibadah yang dilakukan adalah perlu memiliki tertibnya kerana ia perbuatan yang dimuliakan ketika menghadap Allah s.w.t. Adakah kita sudah cukup pengetahuan dan maklumat mengenainya. Ikuti perkongsian bersama Ustaz Termizi, Penolong Pengarah Kanan, Masjid Putra Putrajaya, dalam SYOKcast istimewa Lebaran Ramadan.
Contact Lembaran Ramadan -Radio Station [BM]
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Lembaran Ramadan -Radio Station [BM]?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine