One Two Jus merupakan podcast yang membincangkan segala topik yang anda dapat fikirkan. Daripada hal hubungan keluarga hingga ke topik teknologi AI, One Two Jus menampilkan borak santai antara dua personaliti, Nadhra Mohd dan Kamalia Jamaludin, yang sudah semestinya menjanjikan sudut pandang berbeza mengenai hal-ehwal semasa dan isu-isu yang sedang tular.
Krisis Identiti Gen-Z | Minta Duit RM1.5K Dengan Penemuduga Kerja | Mencari Work-Life Balance Katanya
Podcast One Two Jus episod ketiga ini membawakan topik mengenai Gen-Z dan gelagat mereka yang dapat kita lihat, bukan sahaja di alam persekolahan, tetapi kini di alam pekerjaan. Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
15 Jun 2025
Setia Itu Mahal, Siapa Yang Mampu Membayarnya? | Setia Pada Kerja Jangan Sampai Ditindas | Perempuan Pun Ramai Tidak Setia
Podcast One Two Jus episod ketiga ini membawakan topik mengenai kesetiaan dalam hubungan romantik, persahabatan dan pekerjaan. Setia itu perlu datang daripada dua pihak dalam perhubungan, tak kira lelaki atau perempuan. Begitu juga dalam alam persahabatan, kalau seorang sahaja yang ambil inisiatif, itu tidak adil bagi rakan seorang lagi. Manakala dalam pekerjaan, kedua-dua pekerja dan majikan perlu 'giva and take' dalam menjamin kesetiaan seorang pekerja yang produktif. Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
8 Jun 2025
ChatGPT & AI, Solusi Atau Masalah? | Ada Orang Kahwin Dengan ChatGPT? | Cikgu Pening Kepala Pelajar Guna AI Untuk Siapkan Assignment
Podcast One Two Jus episod kedua ini membawakan topik mengenai ChatGPT dan teknologi AI yang semakin lama semakin digunapakai secara meluas oleh kita semua. Benarkah ada orang berpatah arang dengan manusia dan berkahwin dengan ChatGPT? Bagaimana pula guru dan pensyarah menangani penggunaan AI oleh pelajar-pelajar mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan? Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
4 Jun 2025
Bidang Seni & Komunikasi, Ada Level Tapi Disalah Label
Podcast One Two Jus episod pertama ini membawakan topik mengenai kewajaran mengejar ijazah dalam bidang seni dan komunikasi yang tular baru-baru ini. Benarkah hanya mereka yang tidak mendapat keputusan SPM atau STPM yang baik sahaja yang menjadikan bidang seni sebagai medan pendidikan tinggi? Adakah ia semata-mata pilihan terakhir bila semua bidang lain tidak layak untuk diduduki? Podcast ini diterajui dua personaliti utama, Kamalia Jamaludin dan Nadhra Mohd.
Contact One Two Jus
Guest appearances
Does not typically book guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of One Two Jus?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine