Pills #7: Mutalib Uthman, waktu Muda sebelum datang Tua.
Percubaan membogel dan membunuh karekter Mutalib Uthman dengan isu royallti dan soft loan bersama MyCreative dilihat terlalu lemah dan tidak mendatangkan demam kepada keangkuhannya. Adat melangkah kealam politik, hatta Mufti Liverpool juga disondol dalam media sosial, inikan pula sosok Muda seperti Mutalib Uthman yang penuh dengan dosa masa silam. Jujurnya, aku suka kepada kerekter jahat yang menonjol dosanya dari nampak alim dan baik tapi YaTuhan! sejahat Shaiton!
28 Aug 2020
Edisi Khas: Merdeka Tanpa Perasaan
Aku memasang bendera dipagar rumah dan mendapati hanya aku sahaja didalam kawasan taman ini yang mengibarkan Jalur Gemilang. Sudahnya aku pula yang kelihatan pelik dan lain. Isu pasang bendera ini adalah isu yang dimainkan untuk menjustifikasikan tindakan kau semua yang tidak mahu memasang bendera untuk menunjukkan (atau menyorokkan) semangat patriotisme. Memasang bendera pun kau bagi seribu alasan, tapi jika ada yang pasang terbalik, bukan main kau melompat.
6 Jun 2020
#AllLiveMatters ? So Fucking What?
BlackLiveMatters vs AllLiveMatters yang mana lebih mendapat perhatian dan dimanipulasi oleh media?
Semuanya telah diadun dalam sebuah filem tahun 1994, SFW.
22 May 2020
#4 Rock and Raya - Norma Baharu
Inilah Raya paling mengelirukan dalam sejarah. Balik kampung rentas negeri - tak boleh, rentas daerah boleh tapi ziarah Raya hanya pada Raya pertama sahaja, ziarah kubur tak boleh dan paling konfuse, Polis dan ATM akan meronda periksa rumah ke rumah.
Inilah Raya paling rock dalam sejarah!
16 May 2020
Issue 3 | Amar Amir dari band indie Goth, Primary
Pills issue 3 menampilkan tetamu sulong, Amar Amir dari band indie goth, Primary. Kami bercakap hal band, muzik, selera masakini, bola sepak dan satira Neon Berapi.
9 May 2020
Pills Issue 2 | Punk Tanjak vs Ritchie Blackmore
Dalam issue 2 ini aku akan bercerita perihal tanjak yang dipakai secara berleluasa, komersil dan kasual lalu berani menilai ke'punk'an orang lain. Juga cerita-ceriti, Rock and Roll main IRc - aku pergi konsert Deep Purple lalu ditahan narkotik.
2 May 2020
Pills - sebuah zine bercakap pertama dalam dunia yang fana ini.
Pills adalah zine yang aku buat pada tahun 98/99 yang berkonsepkan cerita-ceriti-rock and roll main iRc. Selepas lebih 20 tahun, aku bawa kembali Pills dalam bentuk bercakap pulak. Dalam episod pertama ini aku akan bercerita tentang impak video anak kecil menyanyi lagu RATM hari itu dan sedikit intro tentang Pills zine. Kau sebut zine sebagai 'zeen' atau 'zain'? Jawapannya yang betul ialah...
Contact pills
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of pills?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine