'Sabah for Sabahans' Dalam Kerangka Percaturan Geo-Politik Laut China Selatan - Rizal+Boleh! S2 Episod 1 Part 2, 11 Januari 2022
Sabah for Sabahan merupakan naratif popular yang menjadi tulang kepada PRN Sabah 2020. Malah parti Warisan, sebuah parti kelahiran Sabah yang dikepalai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shapie Apdal yang juga merangkap Ketua Menteri Sabah ketika itu, juga kuat berkempen atas naratif 'puak kenegerian' tersebut. UMNO dan Bersatu dilihat sebagai 'parti' Malaya (Semenanjung Malaysia) berbanding dengan Warisan yang asal Sabah, jadi seeloknya dipilih oleh Orang Sabah. Menarik untuk kita lihat bahawa kekalahan Warisan dan kemenangan UMNO dan Bersatu yang bekerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah pasca PRN Sabah 2020 sebagai referendum kepada sikap berpuak-puak kenegerian yang cuba dibawa ke tengah dan dinormalisasikan.
Hakikatnya sebagai salah sebuah negeri termiskin di Malaysia, Sabah yang terletak di seberang Laut China Selatan (berjiran dengan Sarawak) tidak membantu untuk membantutkan pandangan bahawa dua negeri di Borneo selama ini telah di 'short changed'. Anekdot seperti Malaya angkut kekayaan dua negeri ke Malaya sering kedengaran sekian lama. Malah terdapat juga sesetengah kumpulan seperti Doris Jones di Sabah yang dikehendaki polis Malaysia dan parti Parti Bumi Kenyalang di Sarawak yang secara terbuka bertanding atas naratif mahu membawa keluar Sarawak dari Malaysia atau 'Sarawak Merdeka' jika menang PRN Sarawak 2021 baru-baru ini.
Apa yang menarik dengan China yang semakin agresif di 'Laut Selatan' dengan berbuat bangunan dan sebagainya di kepulauan yang menjadi 'pertelagahan' beberapa negara rantau ASEAN dan kemungkinan Indo-Pasifik bergolak, kedudukan dan 'keberadaan' Sabah (dan Sarawak) dalam Malaysia menarik untuk diteliti. Boleh! kali ini membawa Dr Asri Salleh, Dekan Kanan Fakulti Perhubungan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA, Sabah bagi berkongsi pandangan beliau akan isu 'Sabah for Sabahan' Dalam Kerangka Geo-Politik Laut China Selatan yang dirakamkan pada 22hb November 2021.
2022 Rizal Hassn Hakcipta Terpelihara Rizal Plus Ventures 'Putting A Plus, All Ways'
11 Jan 2022
'Sabah for Sabahans' Dalam Kerangka Percaturan Geo-Politik Laut China Selatan - Rizal+Boleh! S2 Episod 1 Part 1, 11 Januari 2022

24 Aug 2020
Masa Depan Politik Muafakat Nasional & Membedah Politik Belah Bambu Cina - Rizal+Boleh! Episod 5, 24 Ogos 2020
Setelah lebih 5 bulan kepimpinanTan Sri Muhyiddin Yassin di bawah kerajaan Perikatan Nasional menyaksikan wabak COVID-19 ditangani dengan tegas dan baik. Malah Malaysia yang sedang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dianggap antara negara yang paling berjaya di dunia jauh meninggalkan beberapa negara maju lain. Pemerintahan yang dilihat responsif dan cakna dengan keperluan semasa rakyat membuatkan rakyat rata-rata berpuas hati dengan pendekatan demi pendekatan yang diambil kerajaan Perikatan Nasional setakat ini sehinggakan beberapa pemerhati politik melihat populariti Perdana Menteri ditahap tertinggi.
Dikala kita bakal menghadapi PRK DUN Slim, dan Pilihanraya Negeri Sabah timbul pula ura-ura yang mengatakan bahawa PRU ke-15 bakal diadakan demi memperkukuhkan kerajaan sedia ada. Namun mampukah Muafakat Nasional yang kini terdiri daripada UMNO, PAS & Bersatu menjadi tunggak dan mewarnai kestabilan kerajaan Perikatan Nasional dalam mengemudi Malaysia ke depan dikala Laut China Selatan dikatakan semakin bergolak?
Boleh! adalah siaran podcast dwi bahasa yang suka membincangkan apa saja Malaysia untuk rakyat Malaysia. Boleh! percaya usaha membina negara adalah tanggungjawab semua rakyat, khasnya dalam mendukung Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya boleh menjadi titik temu kepada kepelbagaian semua rakyat Malaysia! Boleh! Menyokong Sekolah Satu Aliran kerana percaya anak-anak Malaysia bukan saja patut belajar dan bermain bersama tetapi juga mempunyai peluang yang saksama dari segi capaian kepada fasiliti dan kualiti pendidikan tanahair tercinta. Boleh! percaya kita semua sebagai warga Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab tidak dapat tidak tetapi mendokong sepenuhnya keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
2020 Rizal Hassn Hakcipta Terpelihara Rizal+ 'Putting A Plus, All Ways'
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine