Topik yang sangat dekat dengan kehidupan kita hari ini — Adab Online, Akhlak Offline. Bersama hos Ahmad Fuad Mokhtar serta tetamu jemputan Ustaz Mohd Elyas Ismail dan content creator Slurpee Crank, episod ini mengupas pelbagai isu dunia digital seperti komen beremosi, penggunaan akaun palsu, siber buli, rage bait content, jual beli online, serta penggunaan headline sensasi yang boleh mempengaruhi persepsi dan mengelirukan pembaca. Dalam dunia yang semuanya di hujung jari, adakah akhlak kita di alam maya sama seperti di dunia sebenar? 🤔
Tonton sekarang dan sama-sama kita fahami batas serta adab sebagai pengguna media sosial.
11 Mar 2026
Sihir & Teknologi | Biar Tahu Jangan Keliru
Hos Izzhar Nazri bersama Ustaz Dato’ Mohammad Kazim Elias (DUKE) dan Helmi Zamdurrani membincangkan isu sihir, pengalaman menjadi mangsa sihir, tanda gangguan jin, pantang larang, medium sihir moden, serta kaitan teknologi dan obses gaming. Kupasan ringkas dan padat tentang realiti sebenar sihir. Tonton sekarang!
11 Mar 2026
Belajar Daripada Kematian | Biar Tahu Jangan Keliru
Apa sebenarnya yang perlu kita lakukan saat berlaku kematian di rumah? Siapa perlu dihubungi dahulu? Apa prosedurnya? Dan bagaimana memastikan semuanya diuruskan dengan tertib dan mengikut syariat? Dalam episod ini, hos Ahmad Fuad Mokhtar berbual santai namun penuh makna bersama Ustaz Lutfi Razali dan Pn. Hajah Nor Aidora tentang pengalaman sebenar menguruskan jenazah.
Perbincangan ini bukan sekadar teori, tetapi perkongsian praktikal yang membuka mata. Daripada langkah pertama yang perlu diambil, pengurusan dokumentasi, sehinggalah adab dan tanggungjawab ahli keluarga. Semuanya dikupas dengan jelas dan mudah difahami. Episod ini mengajak kita untuk belajar daripada kematian, supaya apabila tiba waktunya, kita tidak panik, tidak keliru dan lebih bersedia dari segi ilmu serta emosi.
#BTJK
Contact Tanyalah Ustaz
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of Tanyalah Ustaz?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine