BELLA ZAHIR - Berkongsi Pengalaman Kena Tanduk Lembu Di India
Siapa tak kenal dengan The Face of Vocket iaitu Bella Zahir Zain. Setiap kali keluar Vocket Makan, memang wajib akan terpampang muka Bella.
Daripada tahun 2017 sehingga sekarang, beliau menempah nama dalam industri media digital dengan menjadi pengacara, tukang makan dan bermacam lagi pekerjaan. Ada juga naik turun dan kutukan, tapi itu adalah satu batu loncatan untuk terus maju ke depan!
Tak kering gusi bila kami sendiri interview Bella secara face to face. Nak tahu apa yang menarik kali ini, mari tonton Voccast bersama Danial Mohd Nor dan Bella Zahir.
7 Jun 2021
FILMDUST - Pembela Seni Kamera Filem Daripada Mati Ditelan Zaman
Teknologi kamera digital semakin lama semakin canggih. Namun, kamera filem yang memulakannya.
Dalam Voccast kali ini, filmdust berkongsi pandangan mereka akan kelebihan kamera filem berbanding kamera digital di samping mahu berkongsi seni di sebalik kamera analog ini.
7 Jun 2021
ATAS ANGIN - Scene Muzik Indie Di Malaysia Sudah Mati Kerana COVID-19?
Industri muzik pastinya antara cabang yang paling terkesan akibat COVID-19. Mana tidaknya ianya sekaligus mematahkan semangat anak muda di luar sana untuk memberikan hidangan karya yang terbaik.
Tetapi, kini semuanya telah berubah. Dengan satu tekad, Atas Angin sebagai event organizer telah hidup semula bagi merancakkan industri gig tempatan secara dalam alam maya.
Kali ini apa yang menarik iaitu beliau berkongsikan sendiri kisah jatuh bangun perkembangan terkini dunia indie tempatan dan langkah proaktif yang diambil untuk bangkit semula setelah lama mendiamkan diri. Tonton EP3 VocCast bersama founder Atas Angin.
7 Jun 2021
OPT.MY - Dari Hanya Menjual Kasut Bundle Sehingga Mempunyai Jenama Sendiri
Dari angan-angan, impian menjadi cita-cita. Itulah sedutan baris lagu yang mengambarkan dua anak muda yang mampu membangunkan sebuah thrift shop menjual kasut dengan harga mampu milik tetapi dengan kualiti tip-top.
Merungkap di sebalik kisah pembikinan One Plus Two Thrift Shop, dibangunkan sejak 4 tahun lalu, pengasas OPT sendiri berkongsi pahit getir bisnes thrift shop. Bukan mudah, tetapi dengan satu hasrat, mereka berjaya mengubah segalanya.
Apa yang menarik tentang VOCCAST kali ini? Mari saksikan perbualan penuh Danial Mohd Nor bersama pengasas OPT KhaliesDosa dan HakimMazlan.
7 Jun 2021
GOLDENHND - Mula Dari Freelance Artist Sampai Ke Pemenang Vans Custom Culture
Nak berjaya bukan mudah, tambah-tambah kalau pertandingan itu melibatkan level ‘international’.
Tetapi, cerita kejayaan dia ini lain, atau lebih tepat luar biasa. Untuk episod pertama ini, kami temuramah seorang pelukis yang pernah menang Vans Custom Culture pada 2018 yang dikenali sebagai Goldenhnd.
Dia menang pertandingan tersebut tanpa dia sendiri jangka. Dah la menang, lepas tu dia dapat bawa bakat dia sampai ke Guangzhou, China. Jom dengar dia bercerita macam mana pengalaman dari jadi freelance graphic designer sampai dia berjaya di pentas antarabangsa.
Boleh ikuti juga Goldenhnd di Instagram: https://instagram.com/goldenhnd
Contact VOCCAST
Guest appearances
Books guests
Based on episode analysis; this does not confirm that the show is currently accepting guests.
Host of VOCCAST?
Claim your podcast to manage its listing and keep your show details accurate.
Pod Engine is an independent podcast discovery and analytics service and is not affiliated with or endorsed by this podcast. Artwork and show content belong to their owners. Full legal notice.
Explore this show Podcast research with Pod Engine